Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018

S'pura berhempas-pulas tewaskan Kemboja 2-1

Singapura meloncat ke tangga kedua Kumpulan E dengan 10 mata selepas kemenangan ketiga daripada lima perlawanan.
Oct 13, 2015 | 09:58 PM



KEMENANGAN selesa yang diharapkan tidak muncul.


Sebaliknya Singapura berhempas-pulas bagi menjaringkan dua gol dan menewaskan Kemboja 2-1 di Stadium Negara pada 13 Oktober.


Gol pertama dijaringkan Faris Ramli pada minit ke-16, sebelum Fazrul Nawaz menggandakan jaringan dua minit selepas waktu rehat.


Bak jatuh ditimpa tangga, Khairul Amri mengalami kecederaan hamstring sebaik sahaja mengambil tendangan penalti yang berjaya diselamatkan Sereirath. Kecergasan penyerang utama LionsXII itu bagi perlawanan Piala Malaysia genting menentang Johor Darul Takzim II Sabtu ini menjadi tanda tanya.


Gol Kemboja dijaringkan Sos Suhana pada minit ke-65, menguis bola memperdayakan Izwan Mahbud selepas Chan Vathanaka meloloskan diri di sayap kanan dan mengumpan bola kepadanya.


Namun, malam milik pasukan tuan rumah, yang bertahan sehingga wisel penamat, walau persembahan yang kurang memuaskan hati dengan pasukan yang berada 23 tangga di bawahnya di ranking dunia mencetus kebimbangan, dengan Jepun dan Syria bakal bertandang ke Singapura bulan depan.


Tidak menghairankan, gol pembuka tirai Singapura muncul hasil satu percubaan set-piece. Safuwan, yang kembali ke pasukan setelah digantung satu perlawanan minggu lalu, menanduk ke bawah lontaran ke dalam oleh Madhu Mohana. Bola jatuh ke laluan Faris yang tidak mensesiakan peluang, merembat bola ke penjuru gawang.


Disaksikan sekitar 7,000 penyokong, termasuk segelintir penyokong Kemboja, Singapura bergelut menembusi benteng Kemboja yang disusun rapi oleh jurulatih Lee Tae-Hoon.


Ia terpaksa menanti sehingga minit ke-25 bagi mencipta peluang gol kedua, tetapi tandukan Amri hasil umpanan cantik Sahil Suhaimi dari sayap kanan tersasar.


Malang menimpa Amri - wira gol tunggal semasa Singapura menewaskan Afghanistan 1-0 Khamis lalu - di penghujung babak pertama.


Dengan tidak sengaja, beliau menghunus kaki kanannya ke padang semasa mengambil tendangan penalti dan bukan sahaja terpaksa menangung kecewa penaltinya diselamatkan, malah kini bergelut dengan masa bagi kembali cergas. Beliau adalah pemain LionsXII ketiga cedera dalam kempen kelayakan ini, selain Hafiz Abu Sujad dan Safuwan Baharudin.


Amri digantikan oleh Fazrul Nawaz yang menanti dengan sesia di sisi padang, untuk dipanggil pengadil, tetapi tidak berpeluang menyertai permainan sebelum wisel akhir separuh masa pertama ditiup.


Namun penyerang Warriors dan penjaring gol terbanyak di Liga-S itu, tidak perlu menanti lama bagi mencetus perubahan di padang.


Babak kedua baru berusia dua minit apabila Fazrul menyambar hantaran lemah oleh kapten Kemboja Kouch Sokumpheak dan memperdaya Sereirath dengan sepakan bijak bagi memberikan kelebihan dua gol bagi pasukan tuan rumah.


Jurang dua gol itu dirapatkan oleh Suhana selang 20 minit, apabila beliau bijak menguis bola ke gawang Lions, dengan petak penalti padat pemain pertahanan tuan rumah.


Jurulatih nasional, Bernd Stange membuat lima pertukaran daripada pasukan yang menentang Afghanistan.


Hariss Harun dan Safuwan kembali ke kesebelasan utama selepas digantung satu perlawanan, menggantikan Shahril Ishak dan Zulfahmi Arifin, sementara Faris Ramli mengambil tempat Fazrul di sayap.


Hafiz Abu Sujad dan Shaiful Esah pula cedera dan tidak dapat beraksi. Tempat mereka diambil oleh Shakir Hamzah dan Sahil.


Kemenangan ini memberikan Singapura 10 mata daripada lima perlawanan, memelihara peluangnya menjadi naib juara Kumpulan E dan melayakkan diri ke Piala Asia 2019. Ia meloncat ke tangga kedua, mungkin buat sementara, sebelum Syria - yang sebelum ini berada di tempat kedua dengan sembilan mata - bertemu Afghanistan esok. Pendahulu kumpulan, Jepun tidak beraksi sehingga bulan depan.


Lapan juara kumpulan dan empat naib juara terbaik melangkah ke pusingan kelayakan Piala Dunia seterusnya serta menjamin tempat ke Piala Asia 2019 di Amiriah Arab Bersatu (UAE).


Jika terlepas peluang ini, Singapura masih boleh melayakkan diri ke Piala Asia melalui satu lagi pusingan kelayakan.


Kemboja masih tanpa sebarang mata atau gol dan terjerumus di tangga corot Kumpulan E.


Dua perlawanan kelayakan seterusnya bagi Singapura juga dijadual di tempat sendiri, dengan Jepun (12 November) dan Syria (17 November).


SINGAPURA: Izwan Mahbud, Shakir Hamzah, Baihakki Khaizan, Madhu Mohana, Nazrul Nazari, Faris Ramli, Hariss Harun (Kapten), Safuwan Baharudin (Sharil Ishak, min ke-80), Izzdin Shafiq, Khairul Amri (Fazrul Nawaz, min ke-45), Sahil Suhaimi (Yasir Hanapi, (min ke-70).


KEMBOJA: Um Sereirath, Souey Visal, Hoy Phallin, Chan Vathanaka, Sos Suhana, Nub Tola, Keo Sokpheng, Chhin Chhoeun, Nhim Sovannara, Hong Pheng, Sam Oeun Pidor, Kouch Sokumpheak (Kapten)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >