SINGAPURA mungkin bakal menyaksikan bintang tenis lelaki terkemuka dunia seperti Novak Djokovic, Rafael Nadal, Andy Murray, dan juara Final ATP 2018, Alexander Zverev bertandang di sini mulai 2021.
Ini setelah Sport Singapore (SportSG), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Hab Sukan Singapura mengesahkan mereka telah mengemukakan tawaran bagi menganjurkan kejohanan tenis penutup musim berprestij - Final ATP bernilai AS$8.5 juta ($11.7 juta), baru-baru ini.