Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN PENCAK SILAT ASIA KE-6 DI KASHMIR

S'pura papar dedikasi, komitmen dinobat naib juara

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



KASHMIR: Kejohanan Pencak Silat Asia ke-6 telah berakhir dengan pasukan silat Singapura pulang ke tanah air dengan 9 pingat emas, 4 pingat perak dan 6 pingat gangsa.



Singapura meraih tempat kedua dalam kejohanan tersebut di belakang Vietnam yang berjaya merangkul 2 pingat emas tambahan.



Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Persekutuan Pencak Silat India, dan berlangsung di Kompleks Sukan Dalaman Sher Kashmir-Srinagar, Jammu dan Kashmir.



Bertanding dalam 22 acara tanding dan seni, Singapura menunjukkan semangat dedikasi dan komitmen yang sebenar dalam mengibarkan bendera Singapura.



Hampir 90 peratus pesilat Singapura membuat penampilan pertama di kejohanan Asia itu, sebahagian daripada mereka membawa pulang pingat emas, kata Persekutuan Silat Singapura (Persisi).



Juara dunia dari kategori Lelaki Artistik dan Pasukan Wanita Artistik merangkul satu lagi pingat emas sebagai tambahan kepada pingat Kejohanan Pencak Silat Dunia mereka.



Dhani Andika Razali dan Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin, kedua-duanya yang baru berusia 17 tahun, telah mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat antarabangsa.



Dengan bimbingan dan keazaman berterusan, Persisi percaya mereka akan mencapai peringkat yang lebih tinggi, dan membuat prestasi yang berkesan di peringkat antarabangsa.



Teruja dengan pencapaian pasukan silat Singapura itu, Dr Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, Ketua Pegawai Eksekutif Persisi, berkata:



"Mereka telah mencapai sasaran yang saya tetapkan; namun, kita tidak sepatutnya berfikir bahawa misi mereka telah selesai.



"Kita perlu sentiasa bersedia dengan perubahan yang tidak dijangka, dengan cabaran baharu dari semua aspek, termasuk teknik pertempuran dan banyak lagi."



"Daripada pertandingan ini, kita dapat menyaksikan bahawa atlet yang membuat penampilan pertama semuanya 'lapar' dan bersemangat untuk menang, tanpa mahu mengalah sehingga gong terakhir!" beliau menambah.



Ini bukan pertandingan akhir untuk pesilat Singapura. Mereka akan bertanding di Kejohanan Pencak Silat Pantai Dunia ke-2 yang akan diadakan di Mactan, Wilayah Cebu, Filipina, dari 6 hingga 12 Disember 2022.




CAPAI SASARAN YANG DITETAPKAN 



"Mereka telah mencapai sasaran yang saya tetapkan; namun, kita tidak sepatutnya berfikir bahawa misi mereka telah selesai. Kita perlu sentiasa bersedia dengan perubahan yang tidak dijangka, dengan cabaran baharu dari semua aspek, termasuk teknik pertempuran dan banyak lagi.
Daripada pertandingan ini, kita dapat menyaksikan bahawa atlet yang membuat penampilan pertama semuanya 'lapar' dan bersemangat untuk menang, tanpa mahu mengalah sehingga gong terakhir!".
- Dr Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, Ketua Pegawai Eksekutif Persisi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >