Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S'pura raih tempat ketiga Kejohanan Footvolley Asia

Aug 11, 2018 | 01:59 PM



SINGAPURA meraih tempat ketiga - kedudukan tertinggi pernah dicapainya - di Kejohanan Footvolley Asia Ke-5 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.



Jurulatih pasukan dan pengasas pertubuhan Footvolley Singapura Adaham Abdullah berkata kemenangan ini amat bermakna bagi pasukan dan masa depan sukan ini di Singapura.



“Kemenangan ini amat bersejarah dan begitu penting bagi footvolley (di Singapura) dan kami. Saya berharap ia membuka laluan agar sukan ini mendapat pengiktirafan yang sewajarnya di masa depan,” ujar Adaham, bercakap kepada Berita Harian.



“Pemain kami telah berlatih bersungguh-sungguh, saban tahun, dengan hanya sokongan minimum,” tambah Adaham, yang berkata perjalanan Singapura dalam kejohanan ini adalah dramatik.



Singapura, yang menghantar dua pasukan - Singapura A dan Singapura B - ke kejohanan ini kalah satu perlawanan dan menang satu perlawananan dengan dua pasukan dari Malaysia di peringkat separuh akhir.



Pasukan Singapura B berada di ambang separuh akhir dalam perlawanan suku akhir dengan Malaysia B, tetapi terpaksa mengundur diri selepas salah seorang pemain Nazri Mokhtar mengalami kecederaan.



Namun Nazri, yang mengalami kejang otot, kembali ke gelanggang untuk berganding dengan Taufiq Khairi dalam Singapura A - selepas menjalani rawatan di hospital -  dan membantu Singapura A mara ke separuh akhir, di mana ia tewas kepada Thailand B, yang akhirnya menjadi juara.



Justeru, Singapura A menewaskan Malaysia B - yang kalah kepada Thailand A dalam separuh akhir kedua - untuk merebut tempat ketiga.



Malah, Nazri turut memenangi anugerah ‘Pemain Paling Hebat’ kejohanan itu.



“Kededua Nazri dan Taufiq beraksi dengan baik… persefahaman mereka adalah baik selepas bermain bersama-sama sekian lama,” kata Adaham.



Diperkenalkan di Brazil pada 1965, footvolley ialah sejenis permainan yang menggabung aspek bola tampar dan bola sepak. Setiap pasukan dibentuk dua pemain, dan seperti bola tampar, matlamat permainan adalah untuk menghantar bola ke gelanggang lawan demi mengutip mata. Bezanya, pemain menggunakan kaki untuk berbuat demikian. 



Singapura telah menyertai semua edisi kejohanan sebelum ini, tetapi kejohanan kali ini memberinya kenangan paling manis, kata Adaham.



“Ia begitu manis kerana kami dianggap antara pasukan yang lebih baik dan kami berjaya memenuhi jangkaan ini. Malah, pasukan Thailand - yang telah menjuarai setiap edisi kejohanan - juga akur kami telah banyak meningkatkan prestasi kerana berlatih dengan konsisten dan serius,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >