Topik diikuti
Pergi ke BHkuS'pura tewas kepada India, perlu baiki persiapan mental

TEWAS LAGI: Pemain Singapura Muzaffarshah Ismail (kanan) melompat tinggi menanduk bola dalam pertemuan dengan India semalam. - Foto REUTERS
Oct 23, 2015 | 5:30 AM
S'pura tewas kepada India, perlu baiki persiapan mental
BAK jatuh ditimpa tangga, Singapura tewas kepada India semalam, sehari selepas gagal melayakkan diri ke separuh akhir SuperSeries 2014/2015 di Bangkok, Thailand.
Regu Farhan Amran, Muzzafarshah Ismail dan Raihan Alladin tewas dalam perlawanan tiga set - 19-21, 21-18, 16-21 - kepada regu India di Nakhon Pathom Municipal Gymnasium.