Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

Spurs, Arsenal pastikan kedudukan teratas kumpulan

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Tottenham Hotspurs memastikan kedudukan teratas Kumpulan J Liga Europa menjadi milik mereka selepas menewaskan Royal Antwerp 2-0 di padang sendiri awal pagi semalam.



Penyerang Brazil, Carlos Vinicius membuka tirai jaringan dengan gol dari jarak dekat pada minit ke-57 sebelum rakan sepasukannya, Giovanni Lo Celso, memastikan kemenangan Spurs, 20 minit sebelum tamat perlawanan.



Keputusan itu bermakna Spurs akan disertakan dalam senarai 32 pasukan terakhir, sekali gus mengelak dari pertemuan menentang beberapa pasukan kuat.



Tottenham menguasai perlawanan pada separuh masa pertama namun beberapa percubaan mereka berjaya diselamatkan penjaga gawang lawan, Alireza Beiranvand.



Walaupun tewas pada perlawanan ini, Antwerp masih mampu menempah tempat ke pusingan kalah mati buat pertama kali sejak 30 tahun selepas mengumpul 12 mata, satu mata dibelakang Spurs.



Dalam perlawanan lain, wakil England yang lain, Arsenal mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Europa musim ini apabila gol dari Eddie Nketiah, Mohamed Elneny, Joe Willock dan Folarin Balogun melakar kemenangan 4-2 di Dundalk dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.



Arsenal yang merehatkan beberapa pemain senior selepas menjamin tempat dalam pusingan seterusnya, membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi gol Nketiah yang berjaya mengatasi penjaga gawang Dundalk, Gary Rogers.



Ia merupakan gol kelima untuk pemain itu dalam semua pertandingan musim ini.



Pemain midfield Arsenal, Elneny kemudian menggandakan jaringan dengan satu rembatan dari luar kotak penalti, yang juga merupakan gol pertama beliau untuk Arsenal selepas tiga tahun.



Pasukan Ireland itu kemudian merapatkan jurang semula menerusi percubaan Jordan Flores yang gagal diselamatkan Runar Runarsson.



Pemain gantian, Balogun menambah gol keempat pada minit ke-80 sebelum Sean Hoare menanduk masuk gol sagu hati tuan rumah di Stadium Aviva Dublin.



Mengulas tentang kemenangan pasukannya itu, pengurus Arsenal Mikel Arteta berkata:



"Keputusan peringkat kumpulan sejauh ini amat positif. Ia bukannya mudah untuk mendapatkan enam kemenangan dalam saingan Eropah. Kami telah beraksi dengan baik dan konsisten." - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >