Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU SPURS LWN ARSENAL

Spurs ingin tambah derita Arsenal di gelanggang sendiri

Dec 06, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Tottenham Hotspur dengan Arsenal dipisah tujuh mata sebelum pertemuan mereka tengah malam nanti tetapi 'form' dan kedudukan liga biasanya tidak banyak mempengaruhi corak permainan 'derby' yang lebih dipengaruhi emosi.



Spurs, sebagai pendahulu liga berada dalam 'form' yang hebat dan tanpa kekalahan dalam lima perlawanan Liga Perdana England (EPL) terakhir, termasuk kemenangan 2-0 ke atas juara berganda Manchester City bulan lalu.



Barisan penyerangnya juga digeruni, dengan Son Heung-Min, Harry Kane dan Lucas Moura menjadi senjata tiga serampang yang bukan sahaja pantas, malah tepat memburu sasaran.



Setakat ini, Kane telah menjaringkan 10 gol bagi Tottenham semasa menentang Arsenal dan jika beliau menjaringkan gol lagi dalam perlawanan ini, beliau akan memahat nama dalam sejarah sebagai penjaring gol terbanyak dalam perlawanan Tottenham dengan Arsenal.



Di bangku pula, Jose Mourinho boleh bergantung pada pemain azimat dan bekas bintang Real Madrid Gareth Bale yang telah kembali ke pangkuan kelab di London itu.



Dalam lima pertemuan liga terkini dengan Arsenal, Spurs belum lagi tewas. Arsenal pula jarang berjaya 'mengkubukan' bentengnya semasa menentang Spurs dengan pasukan itu hanya berjaya mengadang gawang dibolosi dalam satu daripada 10 perlawanan terakhir - kemenangan 1-0 pada Mac 2014.



Spurs juga telah memenangi dua perlawanan terakhir di Stadium Tottenham dan memburu kemenangan ketiga berturut-turut semasa menentang Arsenal nanti.



Di atas kertas, keputusan perlawanan dengan Arsenal ini tidak boleh dipertikaikan, dan Spurs bak telah memenangi perlawanan sebelum wisel pertama ditiup pengadil.



Namun keputusan 'derby' juga jarang ditentukan 'form'.



Dan sejarah menunjukkan Spurs kadang-kala 'mengecut' apabila menentang Arsenal.



Spurs adalah pasukan yang paling sukar mempertahankan kelebihan gol apabila bertemu Arsenal.



Ia telah mencicirkan 42 mata dalam perlawanan dengan Arsenal meskipun ia telah menjaringkan gol pertama - paling banyak berbanding kelab lain.



Arsenal juga telah berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan 'derby' di stadium lawan sepanjang musim ini.



Kali terakhir mereka berjaya mencapai rekod ini adalah pada musim 2004-05



Serupa dengan Spurs, Arsenal juga sedang berusaha memenangi tiga perlawanan berturut-turut di stadium lawan buat kali pertama sejak Oktober 2018.



Baru-baru ini, pengurus Spurs Jose Mourinho berkata rekod kerjayanya di mana beliau tidak pernah memimpin pasukan yang tewas kepada Arsenal di tempat sendiri tidak bermakna apa-apa bagi pertemuan ini.



Dalam 10 perlawanan dengan Arsenal semasa memimpin Chelsea, Manchester United dan Spurs, Mourinho belum pernah tewas, dengan rekod enam kemenangan dan empat seri.



"Itu adalah sejarah dan tidak bermakna apa-apa," kata Mourinho.



"Tidak lama dahulu, saya juga pergi ke Newcastle dan ada pihak berkata saya tidak pernah menang di sana. Pada ketika itu, saya tidak mempedulikan kata orang.. sama seperti kali ini," kata Mourinho lagi, merujuk kepada rekod tujuh perlawanan tanpa menang ke atas Newcastle, yang akhir hancur apabila Spurs menewaskan Newcastle 3-1 pada musim lalu.



Diminta mengulas mengenai pengurus Arsenal Mikel Arteta yang telah disifatkan oleh pemainnya sendiri Erik Dier, sebagai antara pengurus muda paling berkeupayaan dan menarik, Mourinho berkata:



"Susah saya nak berikan komen kerana saya tidak tahu banyak pengurus untuk membuat perbandingan. Tapi, Arteta berada di Arsenal... saya rasa dia baguslah ya?"



Dalam pada itu, Arteta berkata 'form' Arsenal tidak boleh diterima dan pasukannya perlu pantas bangkit.



Arsenal kini berada di kedudukan ke-14 dalam liga, selepas ia tewas 2-1 kepada Wolverhampton Rovers dan telah tewas tiga perlawanan berturut-turut di Stadium Emirates.



Form itu bercanggah dengan form Arsenal di awal musim, apabila ia memenangi Piala FA dan mencapai beberapa perlawanan penting.



"Saya lebih suka jika kita berada lebih tinggi di tangga liga tetapi ini adalah realiti dan realitinya kami tidak bermain mengikut potensi dalam beberapa perlawanan akhir.



"Tiada apa lagi yang boleh dilakukan, selain bekerja keras dan bangkit," kata Arteta. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >