Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Spurs kalah 1-0 kepada Newcastle di tempat sendiri

Aug 26, 2019 | 08:19 AM



LONDON: Tottenham Hotspur mengalami kejutan kekalahan 1-0 di tempat sendiri kepada Newcastle United dalam Liga Perdana awal pagi tadi dengan pemain Brazil, Joelinton menghasilkan gol kemenangan.



Joelinton, pemain termahal kelab bernilai 40 juta pound ($68.2 juta), menjaringkan gol pada minit ke-27 menerusi serangan balas pantas, menewaskan Hugo Lloris selepas menerima hantaran Christian Atsu.



Kemenangan itu memang didambakan pengurus Newcastle, Steve Bruce yang tewas dua perlawanan pertama selepas mengambil alih daripada Rafa Benitez pada penutup musim. Tuan rumah merasakan mereka boleh diberikan penalti pada minit ke-78 apabila pemain Newcastle, Jamaal Lascelles mengasari Harry Kane.



Namun, pengadil dan rakaman VAR berpendapat sebaliknya. Selepas tewas 3-1 kepada pasukan yang baru naik taraf, Norwich City, Bruce dikritik oleh penyokong Newcastle yang gagal menerima pelantikannya walaupun dia adalah penyokong kelab itu ketika kecil.



“Satu cara saja kami boleh membalas kritikan seperti itu. Kami datang ke stadium yang hebat, ke kelab menakjubkan ini dan kami beraksi dengan baik,” kata Bruce. - Reuters 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >