LIGA PERDANA ENGLAND
Spurs mahu hambat impian City juarai EPL
Aug 17, 2019 | 05:30 AM
MANCHESTER: Tottenham Hotspur berjaya menghancurkan cita-cita Manchester City dalam persaingan Eropah musim lalu.
Kini mereka berharap dapat menjadi penghalang terhadap impian pasukan Pep Guardiola dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ketiga berturut-turut apabila mereka bertemu di Stadium Etihad malam ini.