Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Spurs tersingkir, Conte disingkir?

Seri aksi kedua menentang Milan bermakna kemarau trofi 15 tahun Tottenham berterusan
Mar 10, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Satu lagi musim, satu lagi kempen tanpa trofi bagi Tottenham Hotspur.



Dalam minggu yang sama ia disingkir dari Piala FA oleh pasukan divisyen Championship, Sheffield United, perjalanan Spurs dalam Liga Juara-Juara Eropah turut berakhir selepas ia diikat seri tanpa gol di stadium sendiri oleh AC Milan pada 9 Mac.



Kelab Serie A itu telah menang perlawanan pertama di Milan dan mara ke suku akhir dengan kiraan kelebihan agregat 1-0.



Dalam Liga Perdana England (EPL) pula, impian anak didik Antonio Conte menjamin tempat kelayakan bagi Liga Juara-Juara musim depan juga kini terganggu, selepas ia ditewaskan Wolves pada hujung minggu lalu.



Namun, bagi Conte, masalah yang dihadapinya melebihi keputusan yang gagal dicapai pasukannya.



Berdasarkan reaksi penyokong Spurs yang marah dan lantang mengkutuk cara permainan dan susunan pasukannya, Conte kini terbabit dalam perjuangan untuk memelihara jawatannya.



Cara permainan Spurs yang pasif dan kurang berani mengasak benteng lawan dianggap terlalu negatif dan tidak selaras dengan jangkaan penyokong ke atas pasukan.



Apakah warga Italy itu akan menjadi bos ketujuh Spurs yang mencuba tetapi gagal mengakhiri kemarau trofi 15 tahun mereka?



Dengan kontraknya tamat pada Jun, kekalahan itu mungkin permulaan bab terakhir dalam kisah Conte di Spurs, yang hanya berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara hanya sekali dalam enam musim.



Bercakap kepada media selepas perlawanan dengan Milan, Conte berkata beliau tidak akan melibatkan diri dalam spekulasi mengenai jawatannya di Spurs.



"Saya ada kontrak bersama Tottenham," kata Conte. "Saya menghormati kontrak itu. Pada akhir musim, penilaian akan dilakukan bersama kelab dalam cara yang paling tenang.



"Kita lihat bagaimana musim ini akan berakhir. Mungkin, mereka membuang saya lebih awal. Tottenham sangat mengetahui apa yang saya fikirkan dan pada akhir musim kita akan bertemu dan membuat keputusan.



"Saya tidak boleh mengatakan sembarang perkara negatif tentang komitmen pemain. Mereka memberikan segala-galanya dari mula hingga akhir. Jika saya perlu melihat keadaan dari sudut positif, ia adalah kami harus bergerak ke depan - tetapi itu tidak mencukupi dan sekiranya anda mahu menjadi kompetitif, anda mesti berjuang.



"Saya tidak suka kalah tetapi ia boleh berlaku, terutamanya jangan lupa sebab kami bermain dalam Liga Conference Europa musim lalu dan Liga Europa dua tahun sebelumnya.



"Saya benar-benar minta maaf kepada peminat, tetapi kita tidak boleh mengharapkan keajaiban bahawa satu hari nanti trofi akan masuk ke padang latihan kita. Kita harus membina skuad dan bersabar."



Kata-kata Conte itu namun mungkin tidak memadai untuk meredakan kemarahan penyokong, kata bekas pemain Blackburn, Chris Sutton, yang kini bertugas sebagai juruanalisis bola sepak.



Namun beliau akur, masalah yang dihadapi Spurs perlu ditanggung oleh pemainnya juga.



"Saya mengagumi sikap Conte kerana tampil untuk memperbaiki pasukannya, tetapi pemain di padang mengecewakannya," kata beliau.



"Sebilangan pemain Spurs gagal menyerlah musim ini. Son Heung-min - apa yang berlaku padanya musim ini?" - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >