PEREBUTAN gelaran 'Major Asia', edisi Kejohanan Dunia Wanita HSBC, yang bermula di Kelab Golf Sentosa hari ini dijangka sengit.
Dengan kesemua 20 pemain wanita terbaik dunia mengesahkan penyertaan mereka, peminat setempat juga boleh menjangkakan mutu golf kelas dunia di kejohanan yang menawarkan hadiah AS$1.5 juta ($2 juta) itu.