PARK In Bee nampaknya sentiasa menciptakan rekod baru setelah berjaya menjadi pemain golf pertama memenangi Kejuaraan Wanita HSBC buat kali kedua.
Pemain Korea Selatan berusia 28 tahun itu menamatkan saingan dengan lapan bawah par 64 pada Ahad lalu bagi skor keseluruhan 19 bawah par 269 di Kelab Golf Sentosa - mengatasi pesaing terdekatnya, pemain nombor dua dunia dari Thailand, Ariya Jutanugarn, dengan kelebihan satu pukulan.