Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA AMERIKA SYARIKAT

Srikandi muda Jepun layak ke final pertama Grand Slam

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



NEW YORK: Bintang muda Jepun, Naomi Osaka, mengumumkan penampilannya di pentas terbesar sukan itu di sini kelmarin selepas menewaskan finalis tahun lalu, Madison Keys, 6-2, 6-4 untuk melangkah ke final Grand Slam pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat.



Berusia 20 tahun, Osaka akan berhadapan dengan juara Terbuka Amerika sebanyak enam kali sebelum ini, Serena Williams, dalam final di Flushing Meadows hari ini.



Pencapaian hebat itu turut menyaksikan Osaka menjadi pemain wanita pertama Jepun untuk melayakkan diri ke final kejohanan bertaraf Grand Slam.



Beliau bagaimanapun terpaksa bersaing sengit - daripada yang digambarkan oleh keputusan pertarungan yang dimenanginya dengan straight set - sebelum menyingkirkan Keys, pilihan ke-14 kejohanan kali ini, yang gagal menunjukkan pukulan-pukulan terbaiknya.



Keys memperolehi 12 'break point' untuk mematahkan servis pencabarnya itu tetapi gagal memanfaatkannya - membolehkan Osaka 'menyelamatkan' diri dan berada dalam kedudukan lebih baik dengan pukulan-pukulannya yang mengancam.



"Ini mungkin sesuatu yang tidak sedap didengar tetapi saya hanya memikirkan bahawa saya benar-benar mahu turun ke gelanggang dan menentang Serena," ujar Osaka selepas kemenangan bersejarahnya itu.



"Saya sayangkan anda (Serena)... saya sayangkan semua orang."



Osaka memenangi trofi kejuaraan pertamanya di kejohanan di Indian Wells awal tahun ini tetapi belum pernah menewaskan Keys dalam tiga pertemuan lalu termasuk di Terbuka Amerika tahun lalu.



"Saya rasa agak aneh juga kerana sebelum ini saya belum pernah menewaskan Madison before.



"Beliau seorang pemain yang baik sekali... saya sebenarnya yang jelas menggigil (daripada perasaan gemuruh)," ujar Osaka lagi.



Pencabarnya dalam final nanti bukan calang-calang - idolanya sendiri, Serena, dengan srikandi Amerika itu memburu rekod kejuaraan Grand Slam buat kali ke-24.



Menang atau kalah, Serena berkata beliau kini berada di tahap mula di fasa baru kerjayanya yang gemilang sejauh ini.



"Saya masih berusaha mengembalikan tahap permainan terbaik saya," ujar Serena, 36 tahun, yang beraksi di kejohanan ketujuhnya sejak berehat panjang menyusuli melahirkan anak sulungnya, Olympia, pada September 2017.



"Saya masih merancang melakukan lebih banyak perkara lagi."



Jika berjaya menewaskan Osaka, Serena berpeluang menyamai rekod kejuaraan terbanyak dalam sejarah sukan itu - 24 kali - yang dicatatkan legenda Australia, Margaret Court.



Serena berpeluang menyamai rekod itu di Wimbledon baru-baru ini tetapi beliau tewas kepada Angelique Kerber dalam final. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >