Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA AMERIKA

Srikandi Tunisia cipta sejarah

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Pemain Tunisia, Ons Jabeur, mencatatkan satu lagi sejarah tenis selepas menjadi wanita Afrika pertama mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) kelmarin dengan kemenangan straight set ke atas Ajla Tomljanovic.



Jabeur, yang juga pemain wanita pertama dari Afrika memenangi tempat di final Wimbledon Julai lalu, mara ke separuh akhir dengan kemenangan 6-4 7-6 (7-4) di Gelanggang Stadium Arthur Ashe.



Pemain berusia 28 tahun itu akan menentang pilihan ke-17 dari Perancis, Caroline Garcia, dalam separuh akhir hari ini.



Garcia menamatkan cabaran pemain kegemaran tuan rumah, Coco Gauff, untuk mara ke separuh akhir Grand Slam buat kali pertama dalam kariernya dengan kemenangan 6-3 6-4.



Jabeur berkata beliau mendapat keyakinan daripada kejayaan ke final Wimbledon, dan berharap ia akan memberi inspirasi kepada generasi akan datang pemain tenis wanita Afrika.



"Kemenangan ini sangat bermakna bagi saya. Saya lebih percaya pada diri sendiri. Selepas Wimbledon ia sangat positif. Walaupun saya tewas di final (Wimbledon) itu, saya tahu saya ada potensi untuk memenangi Grand Slam. Dan kini saya berada di separuh akhir Terbuka AS," kata Jabeur.



Garcia, yang beraksi cemerlang sejauh ini, pula masih belum tewas satu set pun di New York, menjadikan keputusan ini kemenangan ke-13 berturut-turut beliau termasuk meraih kejuaraan kejohanan di Cincinnati sebelum ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >