Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPARUH AKHIR TENIS TERBUKA AS

Srikandi Tunisia cipta sejarah lagi

Sep 11, 2022 | 08:03 AM



LONDON: Walau apa pun yang berlaku di final Terbuka Amerika, bekas pemain nombor satu dunia Andy Roddick berkata beliau percaya dunia sedang menyaksikan kebangkitan seorang bintang dunia tenis baru dalam bentuk Ons Jabeur.



Ons Jabeur, pemain tenis dari Tunisia berusia 28 tahun mencatat sejarah tahun ini selepas menjadi pemain darah Arab pertama mara ke final Grand Slam - di Wimbledon pada musim panas lalu - di mana beliau tewas kepada Elena Rybakina.



Minggu ini, beliau mara ke final Grand Slam kedua berturut-turut apabila menewaskan Caroline Garcia dari Perancis di separuh akhir.



Final itu berlangsung pagi tadi.



Dalam bahasa Tunisia, Jabeur digelar "Wazeerat Al Sa'ada" yang secara kasar membawa maksud "Kementerian Kegembiraan" dalam bahasa Melayu.



Roddick berkata Jabeur benar-benar layak meraih kejayaan dalam gelanggang bukan sahaja kerana kehandalannya, malah kerana sifatnya yang baik.



"Beliau seseorang yang begitu baik budi dan ini boleh dilihat semasa melihat cara permainannya.



"Justeru, ramai pemerhati tenis, termasuk saya sendiri begitu tertarik dengan cara permainannya dan personaliti Jabeur yang ditunjukkan di gelanggang."



Menambah, Roddick berkata pandangan beliau itu turut dipengaruhi oleh apa yang telah dikatakan tentang Jabeur oleh peminatnya dan juga pemain tenis lain.



Menurut Roddick, pencapaian Jabeur untuk melangkah sejauh ini di Terbuka Amerika menunjukkan beliau seorang pemain yang lebih lengkap.



"Saya sendiri hanya boleh beraksi dengan baik di dua jenis gelanggang... tapi beliau boleh beraksi di semua empat jenis gelanggang, termasuk rumput dan tanah liat.



"Ini bermakna beliau mempunyai lebih banyak peluang untuk memenangi Grand Slam.



"Jabeur juga bijaksana menyusun strategi di gelanggang... beliau boleh mengubah strategi tanpa memerlukan banyak arahan dari jurulatihnya.



"Pada saya, beliau akan memenangi Grand Slam tidak lama lagi... ada beberapa pemain yang tidak sehandalnya telah memenangi Grand Slam," kata Roddick, tanpa mengulas lebih lanjut.



Laluan Jabeur dalam tenis bermula pada usia tiga tahun, apabila beliau mula bermain tenis atas desakan ibunya.



Namanya mula menarik perhatian selepas beliau memenangi Terbuka Perancis bagi budak perempuan pada 2011.



Beliau mula beraksi dalam Tour WTA - bagi pemain profesional wanita - pada 2017, selepas hampir sedekad bertanding di peringkat lebih rendah.



Pada 2019, beliau memenangi Anugerah Wanita Arab Terbaik yang diberikan oleh Pertubuhan Arab London untuk mengiktiraf pencapaian wanita Arab sedunia. - Agensi berita.




RODDICK RAMAL JABEUR AKAN JADI BINTANG DUNIA



"Saya sendiri hanya boleh beraksi dengan baik di dua jenis gelanggang... tapi beliau boleh beraksi di semua empat jenis gelanggang, termasuk rumput dan tanah liat.

Ini bermakna beliau mempunyai lebih banyak peluang untuk memenangi Grand Slam.

Jabeur juga bijaksana menyusun strategi di gelanggang... beliau boleh mengubah strategi tanpa memerlukan banyak arahan dari jurulatihnya.

Pada saya, beliau akan memenangi Grand Slam tidak lama lagi... ada beberapa pemain yang tidak sehandalnya telah memenangi Grand Slam."

- Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Roddick.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >