PERSIAPAN PIALA DUNIA 2022

Stadium pertama siap, lengkap dengan sistem hawa dingin

DOHA: Dengan hanya sekitar 2,022 hari sebelum Piala Dunia Qatar membuka tirainya, negara Teluk kecil yang mempunyai cita-cita besar itu mengumumkan siapnya stadium pertamanya bagi kejohanan itu, semalam.

Stadium Antarabangsa Khalifa (gambar) - lengkap dengan teknologi penyejukan yang hangat diperbualkan dan menjadi antara perkara penting dalam bida Qatar untuk menganjurkan Piala Dunia - menjadi tuan rumah bagi peringkat akhir Piala Emir antara dua kelab gergasi Qatar, Al Sadd dan Al Rayyan, malam semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan