Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Stange kekal ketua jurulatih Lions sehingga Sukan SEA

Dec 29, 2014 | 11:13 PM



KETUA jurulatih nasional Bernd Stange akan memimpin pasukan nasional sekurang-kurangnya sehingga Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-28 di Singapura Jun depan.


Kontrak dua tahun yang ditandatangani warga Jerman itu tahun lalu berakhir Mei depan.


Dalam kenyataannya lewat Isnin, Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) berkata pihaknya akan terus 'bekerjasama rapat' dengan warga kerja pasukan nasional, termasuk jurulatih dan 'memastikan mereka menerima sokongan yang diperlukan' dalam persiapan menjelang tiga pertandingan utama tahun depan - Sukan SEA ke 28, kelayakan Piala Dunia Asia dan kelayakan kejohanan Bawah 22 tahun Gabungan Bola Sepak Asia.


Jawatan kuasa eksekutif telah mengadakan mesyuarat bagi berbincang tentang isu utama termsuk reviu prestasi pasukan nasional di Piala AFF Suzuki dan perlantikan Pengarah Teknikal baru.


Menurut Stange, menerusi kenyataan yang sama, beliau menerima maklum balas jawatan kuasa dengan positif.


"Saya akan memperbaiki dan belajar dari kesilapan; dan menetap matlamat membina pasukan yang lebih baik dan lebih handal. Saya fokus pada tugasan seterusnya."


Sementara itu, FAS turut mengumumkan ia telah mengenal pasti lima calon bagi jawatan Pengarah Teknikal dan menjangka melantik pengarah baru sebelum Mac depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >