Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Stange masih yakin dengan kemampuan Singa

Nov 23, 2014 | 11:41 PM



KEKALAHAN 1-2 di tangan Thailand malam tadi tidak sedikitpun menggugat keyakinan ketua jurulatih pasukan Singa nasional, Bernd Stange, akan kemampuan penyerang mudanya bagi membolehkan juara bertahan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki itu melangkah jauh dalam pertandingan ini.


Menyifatkan kemenangan Thailand di depan 32,148 penonton yang membanjiri Stadium Negara itu sebagai nasib, Stange yakin pemain seperti Sahil Suhaimi dan Faris Ramli akan menyerlahkan ketajaman dan menjaringkan gol apabila Singa bertemu Myanmar dan Malaysia selepas ini.


"Thailand amat bertuah dapat menang malam ini. Ini diakui jurulatih Thailand (Kiatisuk Senamuang)," jelas Stange merujuk kepada gol penalti jaringan Charyl Yannic Chapuis pada minit ke-87 selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Safuwan Baharudin dalam satu serangan Thailand.


Awal dari itu, Singa mempamerkan permainan menyerang yang menggugat benteng Thailand meskipun pasukan lawan terlebih dahulu membuka jaringan pada minit kesembilan menerusi Mongkol Thosakrai.


Tidak tergugat dengan gol itu, Singa membalas dengan gol cantik 10 minit kemudian menerusi tandukan penyerang Khairul Amri Mohammad Kamal selepas menerima hantaran cantik Shaiful Esah.


Meskipun kededua pasukan saling berbalas serangan sepanjang perlawanan, Singa mempunyai lebih banyak peluang jaringan menerusi gandingan pemain muda dan berpengalaman Sahil, Faris, kapten Shahril Ishak dan Khairul Amri.


Malah, Singa seharusnya boleh mencapai kemenangan jika gandingan penyerang itu lebih tajam di depan gawang.


"Singa mencipta dan mempunyai banyak peluang jaringan. Di negara saya (Jerman), peluang seperti ini merupakan peluang jaringan pasti.


"Dalam keadaan seperti ini, seseorang penyerang perlu bertenang dan menyudahkannya. Tetapi penyerang seperti Faris Ramli akan menjaringkan gol dan beliau akan menjadi bintang penyerang utama Singapura dalam setahun dua lagi," jelas Stange mengenai penyerang muda itu.


Dengan kekalahan malam tadi, Singa perlu memenangi kededua perlawanan menentang Myanmar Rabu dan Malaysia Sabtu ini untuk melangkah ke separuh akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >