KEKECEWAAN mengiringi skuad bola sepak nasional di akhir pertarungan 'pemanas badan' menentang Qatar dinihari semalam tetapi ketua jurulatih Singa, Bernd Stange, menegaskan bahawa pasukannya tidak wajar ditimpa kekalahan besar 0-4 dan akan bersedia apabila menentang Syria dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 pada Khamis depan.
Ini lebih-lebih selepas menyaksikan anak didiknya menyaingi kehebatan barisan pemain Qatar sepanjang 45 minit pertama permainan yang berlangsung di Stadium Jassim Hamad, Doha, yang terikat 0-0.