Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

StarHub perolehi hak siaran EPL bagi 6 musim mendatang

Feb 23, 2022 | 06:29 AM



STARHUB mengumumkan ia telah berjaya mendapatkan hak siaran bagi Liga Perdana England (EPL) di Singapura untuk enam musim akan datang, mengambil kembali hak siaran itu dari pesaingnya, Singtel.



StarHub akan menyiar semua 380 perlawanan dari musim akan datang, yang bermula pada 6 Ogos nanti, kata syarikat itu.



Ini bermakna siaran EPL kembali ke StarHub selepas 12 musim, dengan Singtel TV berperanan sebagai penyiar rasmi di Singapura dalam tempoh itu.



Namun, difahami, aturan 'silang siar' atau cross-carriage antara Singtel dengan StarHub yang telah dilaksana sejak 2013 akan diteruskan bagi siaran EPL.



Harga langganan akan diumumkan pada Jun nanti.



Namun, StarHub enggan mendedahkan bayaran yang dikeluarkan untuk mengikat perjanjian penyiaran itu.



Dalam 2002, ia dilaporkan membayar $250 juta bagi kontrak tiga tahun, sebelum Singtel mengeluarkan $400 juta untuk mendapatkan hak penyiaran dari 2010 hingga 2013.



Siaran EPL dijangka menjadi tarikan utama dalam senarai sajian bola sepak StarHub, yang turut menawarkan siaran perlawanan liga utama di Eropah serta Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.



StarHub mengatakan ia akan menawarkan pakej siaran EPL bagi kesemua 380 perlawanan musim depan pada harga yang dimampui oleh warga Singapura, walaupun ia berkata harga muktamad dan strategi pemasaran masih diperhalusi dan hanya dapat diumumkan pada Jun nanti.



Antara lain, StarHub dijangka menyiarkan EPL menerusi khidmat StarHub TV+, alat mudah alih dan jalur lebar mereka.



Tayangan semula perlawanan atas berdasarkan permintaan (on-demand) juga akan ditawarkan.



Ketua kumpulan perniagaan pengguna StarHub, Encik Johan Buse, berkata:



"Kami bekerja keras untuk menggabungkan akses Liga Perdana yang tiada tandingan dan lebih mampu dimiliki melalui StarHub TV+, platform mudah alih dan jalur lebar kami... peminat tidak akan ketinggalan mengikuti segala aksi," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >