Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMINDAHAN PEMAIN

Sterling ke Chelsea, Raphinha sertai Barcelona

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Raheem Sterling kini secara rasmi bergelar pemain Chelsea, menamatkan tujuh tahun yang berjaya di Manchester City.



Beliau juga adalah pemain pertama dibeli Chelsea sejak kelab itu diambil alik oleh konsortium diketuai Todd Boehly.



Sterling, 27 tahun menandatangani kontrak lima tahun dengan nilai dilaporkan £50 juta ($82.80 juta).



"Bintang England, Raheem Sterling menyertai Chelsea dari Manchester City dengan kontrak lima tahun," kata Chelsea dalam satu kenyataan, kelmari.



Sterling sebelum itu memuat naik mesej selamat tinggal di media sosial sambil menyatakan beliau meninggalkan City sebagai "lelaki" selepas tiba dari Liverpool ketika berusia 20 tahun.



Bagaimanapun selepas perpindahannya disahkan, Sterling yang kini bersama Chelsea pada pramusim di Amerika Syarikat, menukar perhatiannya untuk mencapai sesuatu di bawah bimbingan Thomas Tuchel, yang kini memimpin Chelsea.



"Jelas banyak yang sudah saya kecapi dalam kerjaya saya setakat ini, tapi masih banyak lagi yang perlu saya capai dan saya tidak sabar untuk melakukannya dengan Chelsea, di bawah bimbingan Thomas.



"London ialah rumah saya dan di mana semuanya bermula buat saya, dan sesuatu yang menakjubkan kini saya ada peluang bermain di depan kawan dan keluarga pada setiap minggu di Stamford Bridge," kata Sterling.



Sterling yang beraksi 77 kali bersama England, menang sembilan trofi utama dengan City, termasuk empat trofi Liga Perdana England, sejak berpindah ke sana dari Liverpool pada 2015.



Beliau menjaringkan 131 gol dalam 337 perlawanan bersama juara England itu.



Namun, tempatnya dalam kesebelasan utama menjadi kurang stabil selepas City membeli Jack Grealish, dengan pemain akademi, Phil Foden juga kian menyerlah.



Dalam pada itu, Chelsea juga dikatakantelah mendapatkan tandatangan pemain pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly dari Napoli.



Pemain berusia 31 tahun itu terbang ke London kelmarin untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan merasmikan perpindahan itu, sebelum menyertai Chelsea dalam jelajah Amerika Syarikat mereka. Difahami, Chelsea juga berminat membeli seorang lagi pemain City, Nathan Ake.



Koulibaly dan Ake diharap mengisi kekosongan yang wujud selepas Antonio Rudiger dan Andreas Christensen masing-masing perindah ke Real Madrid dan Barcelona.



Sementara itu, Barcelona pula telah mengesahkan mereka telah berjaya mendpatkan khidmat Raphinha dari Leeds selepas pemain sayap itu tiba di bandar berkenaan kelmarin.



Gergasi Sepanyol itu bersetuju dengan yuran perpindahan £57 juta ($94.35 juta) untuk membeliu pemain Brazil itu.



Arsenal dan Chelsea juga berminat mendapatkan pemain itu musim panas ini tetapi Raphinha sudah beberapa bulan berhasrat meluahkan hasrat berpindah ke Nou Camp.



Raphinha kini akan menjalani ujian perubatan sebelum menyelesaikan perpindahan itu menurut kenyataan Barcelona.



Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan bersetuju dengan perjanjian lima tahun dan telah bersetuju dengan terma kontrak yang diberikan.



Beliau tiba di Sepanyol dan berkata menerusi media sosial: "Saya Raphinha dan saya di Barcelona." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >