Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA ENGLAND

Stevenage catat kemenangan mengejut, humban Villa

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Kelab liga kedua England, Stevenage, menghasilkan persembahan cemerlang dengan mengejutkan kelab Liga Perdana England (EPL), Aston Villa, di Villa Park dan secara langsung membawa mereka ke pusingan keempat Piala FA.



Stevenage pimpinan Steve Evans menang mengejut 2-1 hasil dua jaringan di akhir dua minit permainan.



Pemain gantian Stevenage, Dean Campbell, melepaskan ledakan gol ke dalam gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-90 selepas rakan sepasukannya Jamie Reid, menyempurnakan tendangan penaltinya - akibat kesalahan Leander Dendoncker yang diberi kad merah selepas menjatuhkan Campbell dalam petak penalti sendiri.



Sebelum itu gol jaringan Morgan Sanson sebelum rehat meletakkan pasukan tuan rumah bimbingan Unai Emery dalam kedudukan selesa.



Villa, yang berada 59 tangga di atas Stevenage, gagal memanfaatkan kehebatan mereka dan ini membawa padah buat pasukan itu di akhir wisel penamat.



Dalam pusingan keempat kelak, Stevenage akan berkunjung ke Stoke City yang dijangka berlangsung antara 27 dengan 30 Januari ini.



Selama 84 minit, perlawanan seolah-olah akan berpihak kepada Villa.



Namun kesilapan Dendoncker menarik jersi Cambell selepas kehilangan bola terbukti membawa padah.



Pada awalnya pengadil, Graham Scott, seolah-olah memberikan tendangan percuma namun beliau kemudian mengeluarkan kad merah dan menunjuk ke arah penalti.



Ini membenarkan penolong pengadil video (VAR) digunakan untuk mengesahkan penalti tersebut.



Redi berjaya menjaringkan penaltinya - menghidupkan peluang pasukannya berentap dengan Villa lagi dalam permainan ulangan - jika pertarungan itu berkesudahan seri.



Namun, skrip pertarungan berubah sekelip mata - siapa sangka Stevenage meledakkan gol kemenangan hasil umpanan Jake Reeves kepada rakan sepasukannya, Cambell, yang kemudian melepaskan sepakan kencang ke hujung gawang Villa - sekali gus menyemarakkan kegembiraan para penyokong kelab pelawat itu.



Stevanage merupakan pasukan pertama dalam liga mereka yang berjaya menyingkirkan sebuah pasukan EPL sejak empat tahun lalu - apatah lagi bermain di padang lawan.



Sebelum ini, Emery telah pun menggariskan matlamatnya apabila beliau mengumumkan tentang persiapan pasukannya untuk perlawanan tersebut dengan objektif untuk "memenangi Piala FA".



Pemain asal Brazil, Philippe Coutinho, merupakan antara lapan pertukaran dalam percaturan Villa selepas mereka seri dengan Wolves.



Namun, di akhir pertarungan, Villa hanya perlu menyalahkan diri sendiri gagal memenangi perlawanan sekali pun menguasai hingga 78 peratus permainan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >