Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Stoke muncul pasukan pertama tiba di Singapura bagi cabaran Trofi Barclays Asia

Jul 09, 2015 | 09:26 PM



KELAB Liga Perdana England (EPL), Stoke City, muncul sebagai pasukan pertama sampai ke Singapura bagi cabaran Trofi Barclays Asia minggu depan.


Rombongan seramai 24 pemain pimpinan Mark Hughes itu mendarat di Lapangan Terbang Changi sebentar tadi (9 Julai) - kunjungan pertama kelab berusia lebih 150 tahun itu ke republik ini.


Stoke dijadualkan memulakan saingan Trofi Barclays Asia dengan pertemuan dengan Everton dalam perlawanan pertama di Stadium Negara pada Rabu depan dengan satu lagi pertarungan menyaksikan pasukan gergasi EPL, Arsenal, berhadapan pasukan Pilihan Singapura pimpinan V.Sundramoorthy.


Final dan pertarungan merebut tempat ketiga pula akan diadakan pada 18 Julai.


Tahun ini adalah kali pertama Trofi Asia Barclays dianjurkan di Singapura.


Pertandingan yang diadakan sekali setiap dua tahun ini sudah pun dimulakan pada 2003.


Skuad pasukan bergelar 'The Potters' yang tiba tadi termasuk bintang penyerang terbarunya, Joselu, 25 tahun, pernah menyarungi jersi Real Madrid pada 2011 dan menyertai Stoke dari kelab Jerman, Hannover 96, bulan lalu.


'Playmaker' dan tenaga kreatif di tengah padang bagi pasukan itu, Charlie Adam, juga bersama pasukan selepas melanjutkan kontraknya sehingga 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >