PARIS: Penyerang England, Daniel Sturridge, kelmarin menolak dakwaan bahawa beliau menunjukkan muka 'muncung' apabila saingannya Marcus Rashford menjaringkan gol antarabangsa beliau yang pertama semasa mewakili England bulan lalu.
Pemain remaja Manchester United, Rashford, menemui sasaran dalam masa 138 saat penampilan pertama beliau ketika England mengalahkan Australia 2-1.