JURULATIH sukan bebas kini mempunyai saluran sesuai untuk 'bersuara' menyusuli pembentukan Persatuan Jurulatih Sukan Singapura (SCA) dengan bantuan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
SCA adalah satu-satunya badan bagi memenuhi keperluan masyarakat sukan setempat dengan penyertaannya dibuka kepada semua jurulatih daripada pelbagai cabang sukan dengan keutamaan anggota merupakan para jurulatih bebas yang menjalankan tugas mereka secara sepenuh masa.