Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA SUPER MALAYSIA

Sufian wira LionsXII

LionsXII menewaskan Pahang 4-1 untuk mengutip tiga mata penting di Stadium Jalan Besar.
Apr 16, 2014 | 07:18 AM



JERSI biru mungkin pembawa tuah untuk LionsXII yang bangkit dari ketinggalan satu gol di awal permainan untuk menundukkan pendahulu liga Pahang 4-1 di Stadium Jalan Besar malam tadi - sekaligus menghidupkan semula persaingannya untuk kejuaraan liga musim ini.


Sufian Anuar, pengganti Khairul Nizam yang cedera dalam separuh masa kedua muncul wira dengan jaringan hatrik pada minit ke-79, 92 dan 94,  selepas kapten Safuwan Baharudin mengikat jaringan 1-1 dalam separuh masa pertama.


Pasukan Fandi Ahmad memulakan perlawanan dengan hambar dan dihukum seawal minit kelapan, apabila Damion Stewart menyelinap masuk ke kotak penalti untuk menyempurnakan hantaran tendangan bebas Azidan Sarudin.


Gol pembuka tirai itu seolah-olah menyengat LionsXII untuk menyusun serangan dengan lebih baik, tetapi momentum yang dibina terpadam apabila pemain midfield Raihan Rahman mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar dan digantikan oleh Aqhari Abdullah.


Fandi kemudian membuat perubahan yang mengembalikan momentum kepada LionsXII. Beliau mengubah bentuk LionsXII menjadi 4-1-4-1, dengan Nizam bergerak sebagai penyerang tunggal. Safuwan pula dihantar ke tengah padang untuk berganding dengan Aqhari, sementara Madhu Mohana mengambil tempatnya di tengah barisan pertahanan. Faritz Hamid yang memulakan permainan di kanan midfield pula diturunkan ke bek kanan sementera Hafiz Abu Sujad beralih dari tengah ke kiri padang.


"Kami memulakan permainan dengan perlahan dan terpaksa mengubah permainan selepas 20 minit," kata Fandi Ahmad sejurus selepas perlawanan. "Pemain kami telah bangkit dan memberi respons yang hebat untuk meraih kemenangan ini," kata Fandi.


Perubahan taktikal itu meraih ganjaran selang 10 minit apabila Safuwan Baharudin menjaringkan golnya yang keempat musim ini untuk mengikat jaringan 1-1 pada minit ke-29.


LionsXII mula mengasak pertahanan Pahang dan hampir menjaringkan gol dalam minit ke-35 tetapi hantaran lintang Amri tidak berjaya disambut oleh Nizam dan Hafiz. Sementara itu, Pahang mengancam untuk menjaringkan gol kedua, dengan Dickson Nwakaeme dua kali hampir membolosi gawang Izwan Mahbud, tetapi waktu rehat tiba dengan keputusan masih terikat.


LionsXII memulakan separuh masa kedua dengan yakin dan terus mengasak pertahanan Pahang walau gagal mencipta peluang jaringan yang ketara.


Gol kedua yang dicari-cari akhirnya muncul 10 minit sebelum perlawanan selesai, apabila Sufian Anuar menonjol bola melewati Khairul Azhan selepas penjaga gawang itu menampar percubaan Khairul Amri.


Dalam masa kecederaan, Sufian menyumbat gol ketiga LionsXII dan kedua untuk dirinya sendiri hasil satu serangan balas kilat. Khairul Azhan berjaya menampar percubaan pertamanya hasil umpanan Amri tetapi tidak berdaya menyelamatkan percubaan susulannya.


Sufian yang sebelum ini tandus gol dalam liga melengkapan hatrik selang dua minit, apabila beliau merembat kemas bola yang melantun ke arahnya selepas tandukan nekad Amri yang terkena tiang gol.


Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hasan menebak pemain-pemainya di sidang media selepas perlawanan.


"Kami bermain sambil lewa dan kurang disiplin selepas menjaringkan gol. Persembahan ini ialah yang paling buruk untuk kami," kata Zainal.


Keputusan ini bermakna LionsXII telah meraih 21 mata daripada 13 perlawanan dan memotong jurang antaranya dengan Pahang menjadi empat mata.


Sebalik keceriaan LionsXII, beberapa masalah kecederaan mungkin menjejaskan persiapan menjelang perlawanan dengan Selangor di Shah Alam Sabtu ini. Raihan Rahman, Hafiz Abu Sujad dan Khairul Nizam tidak melengkapkan permainan setelah mengalami kecederaan. Faritz Hamid pula akan terlepas beraksi di Shah Alam setelah menerima kad kuning ketiga dan digantung satu perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >