Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Selepas di belakang, Team SMG tewaskan Paper Rex juarai The Gym

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SUKAN E-SPORTS

Selepas di belakang, Team SMG tewaskan Paper Rex juarai The Gym

Dec 03, 2020 | 05:30 AM

TIADA yang mustahil dalam permainan penembak taktikal (tactical shooter game) Valorant.

Maka dengan berkat kerjasama dan sifat percaya pada keupayaan setiap anggota pasukan, Team SMG, yang awalnya ketinggalan 1-2 di belakang pasukan lawan Paper Rex, berjaya bangkit 3-2 untuk menjuarai final kejohanan lima lawan lima Valorant Undangan Singapura The Gym awal bulan lalu.

Team SMG, yang ditubuhkan bintang mandopop Singapura JJ Lin, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai $5,000 dan mendapat gelaran pasukan Valorant nombor satu negara.

Kejohanan itu, yang disertai empat pasukan Valorant di Singapura termasuk Reality Rift dan Resurgence, merupakan kejohanan LAN pertama Valorant di negara ini.

Ia diadakan di ruang kongsi e-sukan dan syarikat penerbitan The Gym di Jalan Besar sejak awal Oktober di mana persaingan bermula dalam format 'round robin' atau tanding padan gilir antara empat pasukan sebelum dua pasukan terbaik mara ke final.

Mengongsi perasaan beliau bersama Berita Harian, kapten pasukan Team SMG Sha "ZesBeeW" Mohtar, 21 tahun, berkata kemenangan itu pahit manis buat pasukannya yang "menghadapi beberapa masalah semasa kejohanan yang meletakkan kami di kedudukan yang merugikan".

Selain Sha, Team SMG diwakili Danyal "Kama" Heng, Alex "falfalfal" Cheang, Xavier "LEXY" Lee, Yeoh "Divine" Chun Ting dan Syafiq "Aeozora" Anuar dalam kejohanan itu.

"Valorant adalah permainan di mana anda boleh lakukan perkara yang mustahil," ujar Sha, yang mula bergiat dalam Valorant awal tahun ini.

Valorant diperkenalkan dalam permainan beta yang tertutup ta e) sebelum ia dilancarkan secara rasmi oleh Riot Games pada Jun tahun ini.

Sha kemudian menyertai Team SMG Julai lalu.

Mengulas detik sengit ketika Team SMG terikat 2-2 dalam final tersebut, Sha yang baru tamat menjalani Perkhidmatan Negara berkata:

"Selepas kami menang peta keempat, saya tahu pasukan saya berada dalam prestasi baik untuk menang. Walaupun kami belum pernah main peta penentu perlawanan, Icebox, sebelum ini, saya tahu sekiranya kami bermain secara berpasukan, kami boleh menang."

Terdapat lima peta, Ascent, Split, Haven, Bind dan Icebox, - setiap peta untuk setiap pusingan - yang dimainkan dalam final lima pusingan itu.

Ia merupakan kali pertama peta Icebox dimainkan dalam kejohanan itu.

Walaupun setahun jagung, Team SMG telah bertanding dalam beberapa kejohanan di rantau ini menentang pasukan terbaik Asia termasuk Korea, Jepun, Taiwan dan Hong Kong dan juga Asia Tenggara.

Dalam kejohanan tersebut, mereka menduduki empat tangga teratas.

Team SMG, juara kejohanan AOC Masters Singapura Oktober lalu, kini mewakili Singapura dalam AOC Masters 2020, kejohanan Valorant dalam talian yang disertai pasukan dari Taiwan Hong Kong dan negara-negara Asia Tenggara.

Ditanya mengenai harapan beliau untuk e-sukan di Singapura, Sha berkata:

"Saya harap untuk melihat lebih banyak kejohanan LAN dianjurkan di Singapura, mungkin dengan hadiah yang lebih besar supaya dapat mendorong pemain sedia ada dan pemain yang bercita-cita untuk bergiat dalam e-sukan. Ini kemudian akan mengembangkan landskap e-sukan Singapura."


"Saya harap untuk melihat lebih banyak kejohanan LAN dianjurkan di Singapura, mungkin dengan hadiah yang lebih besar supaya dapat mendorong pemain sedia ada dan pemain yang bercita-cita untuk bergiat dalam e-sukan. Ini kemudian akan mengembangkan landskap e-sukan Singapura."
- Sha "ZesBeeW" Mohtar, kapten pasukan Team SMG

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3