Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Sukan Hanoi yang tertunda diadakan Mei depan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SUKAN SEA

Sukan Hanoi yang tertunda diadakan Mei depan

Oct 20, 2021 | 05:30 AM

SUKAN SEA

PERSEKUTUAN Sukan SEA telah menerima usul Vietnam untuk mengadakan Sukan SEA ke-31 di Hanoi pertengahan Mei tahun depan.

Tarikh khusus bagi temasya sukan dwitahunan yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 itu akan ditentukan oleh tuan rumah kelak.

Jurucakap Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) memberi pengesahan tentang berita itu selepas persekutuan tersebut mengadakan mesyuarat kelmarin.

Ia berkata: "Setelah tarikh baru ditetapkan, kami akan menyesuaikan tempoh pemilihan atlet sewajarnya, berdasarkan garis masa yang telah dikemas kini."

Sebelum ini, Sukan SEA ke-31 dijadual diadakan dari 21 November hingga 2 Disember tahun ini, selepas ia ditangguhkn dari tarikh asal Julai lalu, apabila Vietnam mengalami lonjakan dalam kes Covid-19.

Bilangan kes baru Covid-19 di negara itu mencapai bilangan tertinggi hampir 15,000 pada September, sebelum berkurangan kepada sekitar 3,000 pada pertengahan Oktober.

Namun, perkembangan ini bermakna Vietnam kini perlu berlumba dengan masa untuk membuat persiapan bagi mengadakan 40 acara sukan itu, yang dijangka menarik penyertaan lebih 10,000 atlet, jurulatih dan peserta lain.

Tarikh baru itu juga bermakna sebahagian atlet Singapura berdepan jadual ketat kerana bukan perlu melayakkan diri dan bertanding di Sukan SEA saja, malah Sukan Komanwel di Birmingham, England, dari 28 Julai hingga 8 Ogos tahun depan, dan Sukan Asia di Hangzhou, China, dari 10 hingga 25 September.

Buat masa ini, negara-negara Asia Tenggara sedang menantikan protokol bagi mengadakan Sukan SEA di tengah-tengah Covid-19, dengan akhbar Vietnam An Ninh Thu Do melaporkan pendanaan bagi mengadakan temasya sukan itu belum diperuntuk, yang bermakna penganjur belum mempunyai sumber untuk membuat persiapan.

Vietnam, yang kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2003, dilaporkan telah mengetepikan bajet AS$69 juta (S$93.7 juta) untuk menjadi hos temasya sukan itu.

Dalam pada itu, akhbar The Philippine Star melaporkan Indonesia dan Thailand tidak akan dibenar mengibarkan bendera negara masing-masing pada Sukan SEA ke-31 kerana tidak mematuhi peraturan antipenggunaan dadah yang dikenakan oleh Agensi Antipenggunaan Dadah Sedunia (Wada).

Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina Abraham Tolentino memberitahu akhbar itu kededua negara sedang merayu keputusan itu.

Bercakap kepada akhbar The Straits Times, setiausaha agung Jawatankuasa Olimpik Indonesia Ferry J. Kono berkata kementerian sukan dan agensi antipenggunaan dadah negaranya sedang bekerjasama untuk mencapai huraian dan melahirkan harapan Wada akan mengeluarkan keputusan baru bagi Indonesia.

Beliau berkata jika rayuan itu tidak diterima, rombongan Indonesia ke Hanoi akan bertanding menggunakan bendera jawatankuasa Olimpik, sebagaimana dilakukan Russia di Olimpik Tokyo, selepas ia digantung akibat kesalahan berhubung dadah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3