Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEA VIETNAM 2021

Sukan kombat harapan raih rekod pingat emas ke 1,000

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



TENDANGAN, tusukan, cekikan dan pukulan akan ditampilkan apabila Team Singapore berusaha meraih rekod pingat emas Sukan SEA yang ke-1,000 - negara setakat ini memungut 948 pingat emas - di Vietnam pada hujung 2021.



Ini kerana sukan kombat (combat sports) merangkumi 13 daripada 40 sukan - atau 32.5 peratus - yang akan dipertandingkan di edisi ke-31 temasya sukan dwitahunan itu di ibu kota Vietnam, Hanoi, mulai 21 November hingga 2 Disember.



Jumlah sukan kombat ini adalah yang tertinggi dalam sejarah Sukan SEA, melepasi jumlah yang dipertandingkan di Myanmar pada 2013, iaitu 10 daripada 34 sukan atau 29.4 peratus.



Detik penting ini, kata presiden Persekutuan Judo Singapura Yeo Chin Seng, mencerminkan peningkatan berterusan sukan seni pertahan diri dan kombat ke arus perdana sejak beberapa tahun ini.



"Seni pertahan diri selalu dipraktikkan di negara-negara rantau. Tetapi sekarang lebih banyak perhatian dengan organisasai seni pertahan diri campuran (MMA) seperti Ultimate Fighting Championship dan One Championship mendapat banyak publisiti dalam beberapa tahun ini," katanya.



Atlet jiu-jitsu nasional Constance Lien juga menekankan populariti MMA sebagai faktor.



Lien, 21 tahun, antara tiga warga Singapura yang memenangi pingat emas dalam jiu-jitsu dalam edisi lalu Sukan SEA di Filipina pada 2019, di mana sukan itu membuat penampilan sulungnya.



Beliau, juga yang memenangi satu-satunya pingat Sukan Asia (Asiad) Singapura dalam jiu-jitsu - pingat perak di Indonesia pada 2018, di mana sukan itu juga membuat penampilan pertamanya di Asiad - turut mengatakan detik bersejarah itu adalah tanda perubahan dalam landskap sukan itu.



"Saya sangat- sangat gembira melihatnya," kata mahasiswi Universiti Teknologi Nanyang.



"Sekiranya anda tanya saya tiga atau empat tahun dahulu sama ada jiu-jitsu akan menjadi sebesar ini, saya akan katakan tidak.



"Tetapi, kami kemudian ada Sukan Asia, lebih ramai orang mula menceburinya...sukan ini telah banyak membantu dalam perkembangan peribadi saya, jadi untuk saya, ia layak menerima tarikan yang diperolehnya."



Dr Henry Kothagoda, yang dilantik presiden Persekutuan Jiu-jitsu Singapura sejak 2000, berkata jumlah penyertaan dalam sukannya telah melonjak naik daripada kurang 2,000 ketika pertama kali beliau mengambil alih, kepada sekitar 1,000 peserta sebelum pandemik Covid-10.



Pegawai di persatuan sukan nasional (NSA) seperti judo, pencak silat, tinju dan tinju tendang, memberitahu The Straits Times bahawa mereka menikmati jumlah penyertaan yang sihat, terutama dalam kalangan belia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >