SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sukan Olimpik: Pemain tenis meja S'pura Yu tewas di separuh akhir perseorangan wanita, bakal rebut pingat gangsa di 'playoff'

Sukan Olimpik: Pemain tenis meja S'pura Yu tewas di separuh akhir perseorangan wanita, bakal rebut pingat gangsa di 'playoff'

Jul 29, 2021 | 10:59 AM

Sukan Olimpik: Pemain tenis meja S'pura Yu tewas di separuh akhir perseorangan wanita, bakal rebut pingat gangsa di 'playoff'

Yu akan beraksi dalam perlawanan main habis atau 'playoff' bagi pingat gangsa perseorangan wanita pada 7 malam Khamis ini (waktu Singapura). - Foto REUTERS
Yu akan beraksi dalam perlawanan main habis atau 'playoff' bagi pingat gangsa perseorangan wanita pada 7 malam Khamis ini (waktu Singapura). - Foto REUTERS -

PEMAIN tenis meja Singapura Yu Mengyu terkandas di separuh akhir perseorangan wanita selepas tewas di tangan pemain nombor satu dunia dari China, Chen Meng 4-0 (6-11, 8-11, 7-11, 6,11) dalam masa 42 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo pada pagi Khamis (29 Julai).

Namun, pemain nombor 47 dunia itu akan berpeluang merebut pingat pertamanya di Sukan Olimpik ketika beraksi dalam perlawanan main habis atau 'playoff' bagi pingat gangsa pada 7 malam ini (waktu Singapura).

Yu, 31 tahun, akan bertemu sama ada pemain nombor tiga dunia dari Jepun, Mima Ito, atau pemain nombor dua dunia dari China, Sun Yingsha dalam perlawanan itu.

Di Sukan Olimpik Rio pada 2016, Yu mencatat keputusan terbaiknya apabila berjaya ke suku akhir acara ini, dalam penampilan sulungnya di temasya sukan itu.

Rakan sepasukan Feng Tianwei merupakan satu-satunya warga Singapura untuk meraih pingat dalam perseorangan tenis meja di Sukan Olimpik, yang mana beliau membawa pulang pingat gangsa di London 2012.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg