Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan Olimpik: Shanti catat masa 23.96 saat dalam saringan 200m wanita, gagal ke separuh akhir

Aug 02, 2021 | 10:17 AM



PELARI pecut terbaik Singapura Shanti Pereira mencatat masa terbaik musim baru, 23.96 saat, dalam pusingan saringan 200 meter wanita di Stadium Olimpik pagi Isnin (2 Ogos), namun terlepas peluang ke separuh akhir. 



Atlet berusia 24 tahun itu hanya mampu menduduki tempat terakhir dalam perlumbaan enam pesaing dalam Saringan 5, yang dimenangi Anthonique Strachan dari Bahamas (22.76 saat).



Masa itu kurang daripada rekod nasional yang dicatat Shanti di Sukan SEA 2015, 23.60 saat.



Secara keseluruhan, beliau menduduki tempat ke-39 daripada 41 pesaing.



Shanti, yang juga pemegang rekod nasional bagi lari pecut 100 meter wanita (11.58 saat), menjadi wanita pertama dalam 65 tahun untuk mewakili Singapura dalam acara lari pecut di Sukan Olimpik.



Kali terakhir Singapura bertanding dalam lari pecut wanita di temasya sukan itu adalah di Melbourne pada 1956 menerusi Mary Klass (100 meter dan 200 meter) dan Janet Jesudason (100 meter).



Ini merupakan penampilan sulung Shanti di Sukan Olimpik, yang dipilih untuk bersaing di Tokyo menerusi tempat universaliti, sebagai atlet ranking tinggi berdasarkan tangga mata badan pentadbir atletik, Atletik Dunia (WA). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >