IA sepatutnya menjadi tahun besar untuk tuan rumah Jepun menganjurkan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Namun, temasya sukan yang berlangsung empat tahun sekali itu dibatalkan Mac lalu dengan koronavirus mencapai tahap pandemik global pada ketika itu.
Sukan Olimpik 2020 Tokyo asalnya dijadualkan pada Julai lalu.
Ia adalah hanya kali keempat dalam sejarah sukan moden acara sukan harus dibatalkan. Pembatalan lain berlaku akibat Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Sukan Olimpik 2020 ditunda kepada tahun depan dan dijangka membuka tirai persaingan pada 23 Julai 2021, diikuti dengan Sukan Paralimpik pada 24 Ogos.