Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

COVID-19 & SUKAN

Sukan Para Asean di Filipina ditunda ke Oktober

Mar 21, 2020 | 05:30 AM



SELEPAS penantian yang agak lama, atlit para bowling negara Ismail Hussain gembira akhirnya Sukan Para Asean (APG) di Filipina akan dilangsungkan.



Acara sukan dwitahunan ini telah dijadualkan pada 3 hingga 9 Oktober tahun ini.



"Sebagai seorang atlit, saya selalu ternanti-nanti peluang bertanding dalam APG dan mengibar tinggi bendera negara. Kontinjen kami telah dihampakan dua kali, tetapi saya percaya ada sebabnya ia berlaku," ujarnya.



Ismail, yang kehilangan daya kelihatannya sejak 10 tahun lalu, telah mengharumkan nama Singapura di tiga edisi lalu APG, mengutip pingat emas dalam kategori lelaki perseorangan bagi atlit cacat penglihatan.



"Apa yang menjejas saya adalah aspek mental sebab minda saya sudah tertumpu kepada temasya sukan ini...Tetapi, saya bermatlamat untuk kekal fokus dan mempertahankan pingat emas saya," tambah Ismail, 36 tahun, yang telah mula berlatih sejak enam bulan lalu.



Pengumuman tarikh tersebut dibuat lembaga gabenor Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) kelmarin selepas satu mesyuarat persidangan video tergempar selama dua jam.



Penguasa tertinggi persekutuan itu telah mengadakan perhimpunan bagi memutuskan status APG dan meluluskan tarikh barunya.



Temasya sukan itu, yang awalnya dijadualkan pada 18 hingga 24 Januari, telah dipindahkan ke 21 hingga 27 Mac disebabkan kekurangan dana untuk mengadakan temasya itu.



Bulan lalu, APSF dan Jawatankuasa Penganjur Setempat Filipina mengumumkan acara berbilang sukan itu akan ditangguhkan ke tarikh lain akibat keadaan wabak koronavirus.



Sejauh ini, penyakit Covid-19 telah menjangkiti kira-kira 218,000 orang di serata dunia dan meragut hampir 9,000 nyawa, dengan tuan rumah Filipina melaporkan 202 kes jangkitan dan 17 kematian sehingga kelmarin.



Persidangan video itu telah dihadiri presiden dan anggota Jawatankuasa Paralimpik Nasional Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.



Mereka telah bersetuju untuk memindahkan temasya sukan itu kepada tarikh baru pada Oktober dengan "syarat bahawa pandemik Covid-19 dikekang dan tidak menimbulkan ancaman," kata Majlis Paralimpik Nasional Singapura (SNPC) dalam satu kenyataan kelmarin.



Lembaga akan bertemu pada hujung Julai bagi menilai keadaan sebelum mengesahkan dan meneruskan dengan acara sukan Oktober itu.



Dengan dua penangguhan APG tahun ini, pengerusi SNPC dan Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC), Kevin Wong berkata keadaan "masih satu kebimbangan besar: dan bahawa fokus SNPC dan SDSC adalah kepada kesejahteraan atlitnya.



Chef de Mission kontinjen Singapura, Eric Tseng menambah:



"Keadaan Covid-19 boleh berubah hari demi hari dan perkembangan jangka pendek terus menjadi tidak menentu. Lantas, sebarang perancangan jangka panjang akan kekal untuk dinilai buat masa ini."



Di edisi APG lalu pada 2017 di Malaysia, kontinjen Singapura pulang dengan 10 pingat emas, 18 pingat perak dan 24 pingat perak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >