Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Bola jaring mara ke final untuk menentang Malaysia

Aug 19, 2017 | 02:03 PM



SKUAD bola jaring negara menempatkan diri ke peringkat akhir setelah menewaskan Thailand dalam persaingan sengit di Stadium Juara, Bukit Kiara Kuala Lumpur hari ini.



Kemenangan bergaya 55-43, skuad bimbingan jurulatih sementara Yeo Mee Hong, bakal membawa mereka ke pentas peringkat akhir di mana mereka akan menentang pasukan Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir setelah menewaskan Brunei 70-28 dalam perlawanan separuh akhir.



Walaupun Thailand berjaya menjaringkan bola pada minit pertama permainan, gandingan Charmaine Soh dan pemain baru Toh Kai Wei kembali menyerang dan mengakhiri suku pertama dengan 13-9.



Dalam suku kedua perlawanan, skuad negara yang dibarisi pemain yang lincah terus menampilkan aksi bertenaga dengan mengekalkan rentak permainan, sekali gus menamatkan permainan babak kedua dengan menambah 13 mata dan menjadkan markah 26-21.



Skuad negara seolah bertambah keyakinan, terutama sekali dengan sekitar 100 penyokong yang hadir dan telah mengakhiri suku ketiga dengan 41-30.



Pemain Thailand seolah-olah sudah berputus asa pada suku keempat dan perlawanan berakhir dengan 55-43.



Singapura bakal bertemu Malaysia esok di Stadium Juara Bukit Kiara dalam peringkat akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >