Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Dipna pertahan perak dalam larian berpagar 400 meter

Aug 22, 2017 | 09:25 PM



KUALA LUMPUR: Walaupun tidak berpuas hati dengan masa yang telah dicatatkan, ratu balapan negara Dipna Lim-Prasad berasa lega dapat mengekalkan perak bagi acara larian berpagar 400 meter yang diadakan di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Lim-Prasad mencatatkan masa 60.55 saat namun gagal mengatasi atlit Vietnam, Nguyen Thi Huyen, yang menunjukkan kehandalannya dengan satu larian cemerlang untuk meraih emas setelah memecahkan rekod Asia dengan catatan masa 56.06 saat.

Tempat ketiga dimenangi atlit Thailand, Jutamas Khonkam, yang mencatatkan masa 60.73 saat.

Rakan sepasukan Lim-Prasad, Goh Chui Ling, pula menduduki tempat keenam selepas mencatatkan masa 63.28 saat.

Lim-Prasad berjaya merangkul pingat perak dalam acara yang sama di Sukan SEA yang dihoskan tanah air dua tahun lalu dengan mencatatkan masa peribadi terbaiknya, 59.24 saat.

"Secara jujur, saya rasa masa yang saya catatkan memang tidak memuaskan.

"Namun, saya akui berasa lega mencatatkan masa terbaik peribadi musim ini," kata Lim Prasad semasa ditemui selepas acaranya tadi.

Menurutnya beliau telah mengalami kecederaan seminggu sebelum acara tersebut semasa menjalani latihan di Jepun dan hampir terlepas peluang mengambil bahagian.

"Menurut doktor di Jepun, saya tidak boleh berlari untuk acara ini disebabkan kecederaan yang dialami.

"Tetapi, saya telah merujuk kepada doktor di Singapura dan mujur mereka memutuskan bahawa saya masih lagi boleh mengambil bahagian," katanya yang kelihatan kecewa namun lega selepas perlumbaannya itu.

Lim Prasad menambah:

"Tahap keyakinan saya sebelum memulakan acara ini memang rendah, saya juga banyak menangis semalam memikirkan perlumbaan ini.

"Semsa hampir di garis penamat tadi saya berada di tempat ketiga, namun saya memberitahu diri untuk terus kuat dan mendahuluinya, dan saya berasa lega itu dapat dicapai."

Lim Prasad berkata bahawa matlamatnya sekarang adalah untuk mencatatkan masa terbaik peribadinya dan mencipta rekod nasional baru semasa acara larian pecut 400 meter Khamis ini.

Ratu perlumbaan pecut negara, Shanti Pereira, turut turun padang bagi final perlumbaan 100 meter lewat malam tadi.

Semasa beraksi di pusingan saringan pada sebelah pagi, Shanti berjaya mencipta rekod nasional baru acara itu selepas mencatatkan masa 11.73 saat.

Kesemuanya, Atletik Singapura menampilkan seramai 29 atlit - 12 wanita dan 17 lelaki - di temasya KL ini.

Dua tahun lalu, pasukan atletik negara berjaya memenangi tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >