Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Pesilat negara bawa pulang dua emas

Aug 29, 2017 | 08:09 PM



KUALA LUMPUR: Dua pesilat negara berjaya menempah nama di medan Sukan SEA setelah berjaya membawa pulang dua pingat emas pada hari terakhir pertandingan pencak silat semalam.



Di temasya sukan itu yang berlangsung di Singapura dua tahun lalu, pasukan silat hanya berjaya memungut sekalung emas melalui Muhammad Nur Alfian Juma'en.



Sheik Farhan Sheik Alau'ddin berjaya menumpaskan lawannya dari Vietnam Nguyen Duy Tuyen dalam acara tanding Kelas G (75-80kg) 5-0 lantas memungut emas.



Dalam acara Tunggal Putri pula, Nurzuhairah Mohammad Yazid mengatasi tujuh pesaing lain dengan markah keseluruhan 463.



Tempat kedua diraih pesilat Brunei Norleyermah Haji Raya manakala Puspa Arumsari dari Indonesia memungut gangsa.



Namun, sasaran lima emas pasukan pesilat negara tidak tercapai dengan tumpasnya pendekar harapan seperti Muhammad Shakir Juanda dan Muhammad Nur Alfian Juma'en yang terpaksa berpuas hati dengan perak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >