KUALA LUMPUR: Skuad polo air negara membawa pulang emas Sukan SEA mereka yang ke-27 berturut-turut setelah menewaskan pasukan tuan rumah 17-4 tadi di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Sebelum perlawanan itu, juara 26 kali itu itu, yang telah mendapat dua perlawanan dan mencapai seri dalam satu perlawanan, perlu untuk menewaskan Malaysia dengan dua markah untuk mengekalkan kejuaraan itu.
Singapura telah menewaskan Thailand (13-2) dan Filipina (7-5) sebelum ini namun mencapai seri 4-4 dalam perlawanan dengan Indonesia kelmarin.
Singapura mengakhiri separuh masa 6-1 dan menjarakkan lagi markah dalam suku ketiga dan mengakhiri suku perlawanan itu 13-1.
Walaupun Malaysia cuba untuk mengejar markah dalam suku keempat, namun Singapura berjaya membawa pulang emas sekali lagi.
Ini merupakan kejuaraan berterusan Singapura yang paling lama.
Indonesia meraih pingat gangsa dengan pasukan tuan rumah di tempat ketiga.