Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Schooling terus menguasai kolam renang serantau

Aug 21, 2017 | 09:28 PM



KUALA LUMPUR: Jaguh renang Singapura, Joseph Schooling sekali lagi menunjukkan kehebatannya dalam kolam renang Sukan SEA setelah mencipta rekod baru bagi acara 50 meter kuak kupu-kupu dengan masa kemenangan 23.06 saat di Pusat Akuatik Bukit Jalil sebentar tadi.



Malam yang gemilang itu turut menyaksikan srikandi renang negara, Quah Jing Wen meraih pingat emas dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu wanita dengan masa 2 minit 12.03 saat.



Keputusan tersebut sekaligus memecahkan rekod negara yang dipegang bekas perenang negara Tao Li iaitu 2 minit dan 12.63 saat yang dicapai dalam Sukan Olimpik 2008.



Jing Wen bersama-sama Quah Ting Wen, Amanda Lim dan Natasha Ong kemudian menutup tirai hari pembukaan acara renang malam tadi dengan merangkul emas ketiga Singapura dalam acara relay 4x100 meter dengan mencatatkan masa 3 minit dan 44.38 saat.



Sementara itu, juara bertahan acara kuak lentang 50 meter lelaki, Quah Zheng Wen gagal menyamai pencapaian beliau di Sukan SEA 2015 setelah hanya mampu mendapatkan pingat perak.



Rekodnya di temasya sukan serantau dwitahunan itu - 25.27 saat - turut dipecahkan pemenang pingat emas dari Indonesia, I Gede Siman Sudartawa, yang menamatkan perlumbaan itu dengan catatan masa 25.20 saat.



Aksi renang bersambung esok dengan enam acara lain termasuk 4x100 meter relay lelaki yang akan diketuai Schooling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >