Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Skuad bola jaring negara tewas di tangan Malaysia

Aug 16, 2017 | 08:18 PM



Skuad bola jaring negara tewas di tangan musuh tradisi Malaysia 37-50 dalam pusingan awal yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara tadi.



Pasukan Malaysia, yang terpaksa melepaskan gelaran juara kepada Singapura dalam Sukan SEA 2015, kembali dengan gaya bermain yang agresif serta kelebihan dari segi ketinggian dibandingkan pemain Singapura.



Kededua pasukan bersaing dengan hebat dalam suku pertama yang berakhir 11-14, di mana Malaysia berada tiga mata di hadapan pasukan negara.



Anak didik Yeo Mee Hong tidak dapat merapatkan jurang dalam suku kedua disebabkan beberapa lontaran yang tidak mengena dan tidak berjaya mempertahankan bola walaupun lontaran ke jaring oleh penyerang, Charmain Soh mengena sasaran setiap kali.



Lantaran itu, skuad tuan rumah bimbingan Tracy Robinson berjaya menjarakkan lagi kedudukan dengan persembahan yang konsisten dari penyerang An Najwa Azizan dan mendahului Singapura 27-18 di akhir suku kedua.



Rentak pemain Singapura bertambah rundum seakan mengaku kalah dan Malaysia kembali mendahului dengan selesa pada suku ketiga dengan mendahului sembilan mata.



Keyakinan Malaysia bertambah pada suku keempat di mana Malaysia telah menjaringkan 13 gol.



Perlawanan pusingan awal diteruskan esok di mana Singapura akan menentang Filipina di Stadium Juara Bukit Kiara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >