Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Sukan SEA 2017: Skuad polo air wanita menang tipis

Aug 15, 2017 | 06:02 PM

Pasukan polo air wanita negara memulakan kempen Sukan SEA mereka dengan kemenangan tipis 7-6 menewaskan Indonesia di Pusat Akuatik Nasional Kuala Lumpur tadi (Selasa, 15 Ogos).

Selepas beberapa sasaran yang tidak tepat dari kededua pihak pada permulaan perlawanan, suku pertama berakhir tanpa sebarang gol.

Ng Yi Wen dari pasukan Singapura menjaringkan gol untuk memulakan suku kedua dan Indonesia membalas melalui jaringan Rani Raida.

Gol berikutnya dari Angeline Teo menyebabkan juara Sukan SEA 2011 itu mendahului 2-1 pada separuh masa.

Lontaran bola yang pantas antara pemain Singapura menyebabkan Teo berjaya menjaringkan satu lagi gol, dan Singapura telah menguasai suku ketiga dengan dua lagi jaringan gol dari Loke En Yuan dan kapten Gina Koh.

Ng kembali menjaringkan gol untuk membuka suku akhir, namun persembahan yang mantap dari Indonesia menyebabkan mereka berjaya menjaringkan lima gol, gol terakhir dijaringkan 14 saat sebelum tamat masa.

Singapura akan bertemu Malaysia esok.

Pasukan polo air Singapura telah mendapat gelaran juara Sukan SEA pada 2011, namun telah memberikan status juara kepada Thailand semasa acara Sukan SEA 2015 di Singapura.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3