DAPHNE Tan telah memenangi acara perseorangan wanita pada hari pertama aksi bowling di Orchid Country Club pada 9 Jun.
Kemenangan itu menambah kepada pingat gangsa yang dimenangi Javier Tan di sebelah pagi. Tan mengatasi jangkaan bagi menjatuhkan 1,284 pin. Pingat emas dimenangi Rafiq Ismail dari Malaysia (1,308 pin) dan peserta Thailand Anoop Arromsaranon mendapat perak (1,305 pin).