Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA di Vietnam ditangguh ke 2022 atas keprihatinan Covid-19

Jul 08, 2021 | 06:43 PM



SUKAN SEA yang dijadualkan berlangsung di Hanoi, Vietnam, antara 21 November hingga 2 Disember ini akan ditunda ke 2022.



Selepas jawatankuasa kerja Persekutuan Sukan SEA bertemu pada Khamis (8 Julai), Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) mengeluarkan kenyataan yang mengatakan, “sudah diputuskan bahawa Sukan SEA tidak akan diadakan tahun ini. Majlis Olimpik Nasional Vietnam (VNOC) akan meneroka tarikh baru untuk dipertimbangkan”.



Ia menambah bahawa SNOC akan mengubah suai dasar pemilihan sewajarnya bagi menggambarkan tarikh baru sejurus butirannya diputuskan.



Terdapat spekulasi bahawa Sukan SEA tahun ini akan dijadualkan semula sedang Jawatankuasa Olimpik Vietnam melahirkan keprihatinan mengadakan acara tersebut tahun ini sedang rantau Asia Tenggara bertarung dengan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa bulan lalu.



Acara yang menampilkan 40 jenis sukan dijangka melibatkan 10,000 olahragawan, jurulatih dan peserta lain.



Vietnam yang kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2003 dilaporkan telah mengetepikan bajet AS$69 juta ($91.3 juta) bagi mengadakan pertandingan ini.



Sedang ia dilaporkan mengenalkan dasar “tiada vaksin, tiada penyertaan” bagi Sukan SEA tahun ini, bilangan kes di negara itu bertambah hampir 10 kali sejak Mac kepada lebih 23,000 kes.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >