Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Empat perlawanan tanpa jaringan, Singa Muda tewas 1-0 di tangan Vietnam

Dec 03, 2019 | 10:43 PM



 





MANILA- Empat perlawanan, namun kesudahan yang sama - Singa Muda terus tumpul di bahagian serangan.



Pasukan bimbingan legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad, tewas 0-1 di tangan Vietnam sekali gus melabuh tirai perjuangan mereka dalam Sukan SEA tanpa jaringan - pertama kali dalam sejarah negara dalam pertandingan bolasepak di temasya sukan serantau itu.



Singapura kini hanya mempunyai perlawanan penutup menentang Brunei sebagai peluang menebus maruah.



Meskipun tewas, Singa Muda mempamerkan persembahan memberangsangkan terutama dalam 60 minit pertama perlawanan di Stadium Memorial Rizal di Manila malam ini (3 Disember).





Benteng pertahanan yang lebih padat dan “tidak tidur” menghalang jaringan Vietnam, yang perlu menang perlawanan ini jika inginkan peluang cerah ke separuh akhir.



Apabila memiliki bola, aturan serangan Singa Muda lebih meyakinkan.



Cuma sekali lagi belum “sampai waktu” untuk menyumbat gol. 



Fandi melakukan tiga perubahan kepada barisan kesebelasan utamanya berdepan Vietnam berbanding kekalahan 0-3 di tangan Thailand Ahad lalu.



Ikhsan Fandi dan Tajeli Selamat kembali dibariskan manakala Haiqal Pashia diberikan permulaan pertamanya di temasya sukan ini.



Babak pertama terikat tanpa gol dengan kedua-dua pasukan cuba menyusun rentak dalam perlawanan.



Vietnam, yang tampak pasukan lebih hebat di ‘atas kertas’, tidak menunjukkan taring sebenar mereka dalam babak itu.



Sebaliknya, Singa Muda lebih mengancam di separuh Vietnam. 



Peluang terbaik Singapura muncul pada minit ke-17 apabila hantara Syahrul Sazali hampir masuk ke dalam gawang.



Namun, penjaga gol Vietnam Nguyen Van Toan berjaya menepis bola di saat-saat akhir.



Vietnam memulakan babak kedua dengan satu misi - mencari gol kemenangan lantas mengatur serangan bertubi-tubi.



Kubu pertahanan Singapura telah berdiri teguh namun tidak dapat bertahan. 



Jaringan Ha Duc Chinh pada minti ke-85 menjadikan pemain pertahanan itu wira pasukan.



Perlawanan yang disaksikan 2,508 penyokong itu berakhir 1-0 memihak kepada Vietnam.



Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Singapura di Sukan SEA. 



Dalam perlawanan kumpulan B lain, Thailand mengalahkan Laos 2-0 di Stadium Memorial Rizal petang ini manakala Indonesia membelasah Brunei 8-0 di Stadium Bola Sepak Binan di Binan malam ini.



Keputusan malam ini meletakkan Vietnam puncak tangga kumpulan (12 mata) di hadapan Thailand (9 mata) dan Indonesia (9 mata).



Singapura seterusnya akan berdepan Brunei dalam perlawanan terakhir mereka Khamis ini (5 Disember). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >