Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA: KALI TERAKHIR SUKAN SEA ... DI MANILA 2019

Sukan SEA ke-31 dijangka dianjur di Hanoi tahun depan

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



SUKAN Asia Tenggara (SEA) kini dijangka diadakan di Hanoi pada tahun depan, meskipun negara itu sedang bergelut mengatasi pandemik Covid-19.



Sukan SEA ke-31 itu pada awalnya dijadual diadakan dari 21 November hingga 2 Disember ini tetapi dianjak ke Julai 2022 selepas bilangan kes Covid-19 di Vietnam melonjak.



Tiada tarikh baru ditetapkan pada ketika itu.



Bilangan kes baru Covid-19 di Vietnam melonjak ke hampir 15,000 kes pada bulan lalu, sebelum berkurangan kepada sekitar 5,000 pada bulan ini.



Akhbar Vietnam An Ninh Thu Do, baru-baru ini melaporkan Timbalan Setiausaha Agung Pentadbiran Sukan Vietnam Tran Duc Phan berkata Sukan SEA itu dijangka diadakan pada pertengahan Mei, jika dibenarkan pihak berkuasa negara itu.



Namun, menyusuli itu, presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina Abraham Tolentino berkata Sukan Seni Pertahanan Diri Tertutup Asia di Thailand - yang sebelum ini dijadual berlangsung dari 10-20 Mac, kini dijangka ditangguh sehingga 2023, yang membuka laluan bagi Sukan SEA diadakan pada Mac atau April tahun depan.



Sumber memberitahu The Straits Times (ST) mengadakan Sukan SEA selewat-lewatnya April pada tahun depan akan memberikan Kemboja, yang telah ditetapkan sebagai hos Sukan SEA 2023, lebih banyak masa untuk menentukan senarai sukan dan acara yang akan diadakan.



Difahami, jawatankuasa bertugas Persekutuan Sukan SEA akan bertemu pada 18 Oktober ini untuk meluluskan tarikh dan butiran Sukan SEA Hanoi.



Bagaimanapun, Vietnam dijangka terpaksa berlumba dengan masa untuk membuat persiapan bagi menganjurkan temasya sukan 40 acara itu, yang dijangka disertai lebih 10,000 atlet, jurulatih dan peserta lain.



Akhbar An Ninh Thu Do melaporkan pendanaan bagi Sukan SEA ke-31 belum lagi diperuntuk, yang bermakna ia kini tidak mempunyai sumber untuk membuat persiapan menganjurkan Sukan SEA.



Vietnam, yang kali terakhir menganjurkan temasya sukan dwitahunan itu pada 2003, dilaporkan telah mengetepikan bajet AS$69 juta ($93.7 juta) bagi menganjurkan Sukan SEA kali ini.



Wartawan Zing News Tran Duc Truong, yang bercakap dengan ST, berkata pemerintah Vietnam akan memastikan Sukan SEA diadakan dengan berjaya jika ia memberi komitmen untuk mengadakannya.



Namun, beliau berkata pandemik ini telah menimbulkan banyak keadaan tidak menentu di sana.



Malah, menurut beliau penduduk Vietnam kini hanya menumpukan perhatian kepada memulakan semula kehidupan yang terjejsa akibat Covid-19, selepas tempoh sekatan empat bulan berakhir baru-baru ini.



"Setakat ini, mengadakan Sukan SEA bermakna ekonomi boleh terus tertekan kerana wang yang diperuntuk boleh digunakan bagi tujuan lain yang lebih genting. Banyak syarikat telah muflis dan adalah sukar bagi pemerintah untuk meminta penaja.



"Buat masa ini, tiada banyak berita diterbitkan mengenai Sukan SEA di Vietnam kerana kita semua sedang mengutamakan perhatian terhadap pemulihan ekonomi," ujar Tran.



Pemain tenis meja setempat, Clarence Chew, berkata beliau prihatin jika Sukan SEA diadakan pada tahun depan kerana jadual sukan yang padat.



Sukan Komanwel dan Sukan Asia juga dijadualkan diadakan pada tahun depan.



Namun, Chew berkata belia masih berminat untuk beraksi di Sukan SEA.



"Ada keprihatinan mengenai waktu rehat (yang berkurangan) tetapi saya memandang ke hadapan... dan akan memberi tumpuan kepada membuat persiapan yang terbaik untuk memastikan kami semua berada dalam keadan baik bagi Sukan SEA dan pertandingan lain," ujar beliau.




ACARA SUKAN UTAMA 2022 SELAIN SUKAN SEA



4 – 20 Feb: Olimpik Musim Sejuk di Beijing, China.



10 – 20 Mac: Sukan Seni Pertahanan Diri Tertutup Asia di Bangkok dan Chonburi, Thailand. *boleh ditangguh ke 2023.



28 Jul – 8 Ogos: Sukan Komanwel di Birmingham, England.



10 – 25 Sept: Sukan Asia di Hangzhoe, China. Akan ditentukan: Sukan SEA di Hanoi, Vietnam



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >