Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Kesilapan rampas Nurzuhairah dari pertahankan emas

Dec 03, 2019 | 12:48 PM



SUBIC - Kekecewaan jelas terpancar di raut wajah srikandi silat negara Nurzuhairah Mohd Yazid tatkala selesai persembahan seni tunggalnya.



Juara bertahan itu tampak seakan tahu pingat emas bukan menjadi miliknya di Sukan SEA tahun ini. 



Akibat beberapa kesilapan termasuk yang berpunca daripada tikar gelanggang yang "licin", Nurzuhairah, 21 tahun, hanya mampu mengumpul  440 mata lantas terkandas di tempat ke-7 antara lapan pesaing di Pusat Pameran dan Konvensyen Subic Bay di Subic pagi ini (3 Disember).



Juara dunia itu sekaligus gagal mengulangi persembahan pingat emas yang dipaparkan di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.



Srikandi Indonesia Arum Sari Puspa (467 mata) merangkul pingat emas manakala  Mary Francine Padios dari Filipina (454 mata) dan Anisah Najihah Abdullah dari Brunei (451 mata) masing-masing membawa pulang pingat perak dan gangsa. 



Pasukan silat Singapura telah mengutip dua pingat - satu pingat emas dan satu pingat perak - dalam empat acara yang ditandingi setakat ini.



Trio Nujaid Hasif Zainal Abidin, Muhammad Nazrul Mohd Kamal dan Hamillatu Arash Juffrie meraih pingat emas dalam acara seni regu lelaki manakala Muhammad Iqbal Abdul Rahman memungut pingat perak dalam acara seni tunggal lelaki semalam (2 Disember).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >