Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Sukan

Sukan SEA: Lawan pedang raih pingat emas ketiga

Dec 06, 2019 | 03:22 PM

MANILA - Lawan pedang Singapura memenangi pingat ketiga mereka di Sukan SEA ke-30.

Kuartet pasukan lawan pedang foil wanita Singapura Amita Berthier, Maxine Wong, Titiana Wong dan Denyse Chan mengalahkan Vietnam 45-29 untuk meraih pingat emas dalam acara lawan pedang berpasukan foil wanita petang ini (6 Disember). 

Di Pusat Dagangan Dunia sebelum ini, Singapura telah memenangi pingat emas dalam acara lawan pedang foil wanita menerusi Amita Berthier pada Selasa lalu.

Kelmarin, Kiria Tikanah Abdul Rahman dinobat juara dalam acara lawan pedang epee wanita.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian