Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Sukan SEA: Loh Kean Yew tumpas, raih perak dalam perseorangan lelaki sekali lagi

May 22, 2022 | 07:29 PM

PENANTIAN Singapura untuk membawa pulang pingat emas Sukan SEA dalam acara perseorangan lelaki badminton berterusan.
Loh Kean Yew, 24 tahun, hanya mampu merangkul pingat perak selepas tewas di tangan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn, pemain nombor 18 dunia, 13-21, 13-21 dalam final di Gimnasium Bac Giang dekat wilayah Bac Giang luar Hanoi, pada Ahad (22 Mei).


Kali terakhir Singapura memenangi acara itu adalah hampir empat dekad lalu dalam edisi temasya sukan 1983 di gelanggang sendiri menerusi Wong Shoon Keat. 
Ini merupakan pingat perak kedua Loh, juara dunia yang kini menduduki ranking dunia ke-10, dalam temasya sukan ini.


Loh sebelumnya pernah menggondol pingat perak di edisi Filipina pada 2019 dan gangsa pada 2015 di negara sendiri dalam acara itu.
Di Hanoi, Singapura sudah meraih lima pingat gangsa menerusi acara berpasukan lelaki serta wanita, beregu lelaki serta wanita dan perseorangan lelaki.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3