Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Mastura raih pingat pertama S’pura dalam menembak ‘trap’ individu wanita

ZULAIQAH ABDUL RAHIM,zulabr@sph.com.sg ,Dari Hanoi

May 19, 2022 | 05:36 PM



SRIKANDI menembak Singapura, Siti Mastura Rahim menggenggam pingat pertama Sukan SEA negara dalam acara ‘trap’ individu wanita.



Di Pusat Menembak dalam Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi pada petang Khamis (19 Mei), Mastura, 33 tahun, merangkul pingat gangsa selepas meraih 25 mata.



Acara itu dimenangi Hoang Thi Thuat dari Vietnam (39 mata), dengan warga Indonesia Adilya Safitri membawa pulang pingat perak (36 mata).



Mastura, dalam penampilan pertamanya di Sukan SEA, beraksi konsisten sepanjang pertandingan di Hanoi menduduki tempat kedua, dengan 60 mata, pada hari pertama saingan semalam, sebelum mendahului kedudukan dengan 102 mata daripada 11 pesaing awal petang ini.



Hanya enam penembak terbaik dapat mara ke pusingan final. 



Acara menembak ‘trap’ membuat kemunculan semula dalam Sukan SEA Hanoi buat pertama kali sejak edisi 2005.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >