MARATON
Sukan SEA: Pelari negara tidak tolak kemungkinan ambil bahagian jika layak
Jul 16, 2016 | 05:30 AM
PELARI maraton negara, Mok Ying Ren, berkata beliau tidak menolak kemungkinan mengambil bahagian dalam Sukan SEA tahun depan jika dapat melayakkan diri.
Mok yang baru pulang ke tanah air selepas berlatih di Colorado, Amerika Syarikat, dalam usaha melayakkan diri ke Olimpik Rio, kini telah mula bertugas di Hospital Universiti Nasional (NUH).