Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Peminat atletik ke Stadium Negara, saksi aksi hari pertama

Jun 09, 2015 | 08:52 PM



MENONTON acara atletik di Stadium Negara sesuatu mencetus perasaan nostalgia di benak Encik Eizasha Mohd Shahril.


Beliau masih ingat lagi pengalamannya beraksi dalam acara balapan di Stadium Negara lama, mewakili sekolahnya dalam kejohanan setempat.


Didorong nostalgi, Encik Eizasha antara penonton yang turun ke Stadium Negara di Hab Sukan Singapura pada 9 Jun, bagi menyaksikan aksi atletik pada hari pertandingan pertama.


Diiringi isteri dan anaknya, Encik Eizasha, 37 tahun berkata beliau turun ke stadium kerana berimnat menyaksikan acara pecut 100 meter.


"Kami ingin melihat siapa atlit terpantas di Asia Tenggara. Saya juga ingin beri sokongan kepada Amirudin Jamal," ujar beliau lagi.


Amirudin, 28 tahun dan rakan sepasukan Calvin Kang antara pelari pecut negara yang beraksi dalam perlumbaan itu, tetapi kededuanya gagal meraih pingat.


Seorang lagi penonton yang ditemui Berita Harian ialah Cik Atiqah Marius Ang, 40 tahun yang tiba di Stadium Negara sejak awal pagi.


"Kededua anak lelaki saya mewakili sekolah dalam acara atletik. Jadi kami datang supaya mereka dapat menimba pengalaman," ujar Cik Atiqah yang datang bersama suami dan anak.


Ini merupakan kali pertama beliau menghadiri acara sukan SEA dan berkata bahawa beliau amat terkejut dengan jumlah orang yang telah hadir.


"Suami saya berkata bahawa acara atletik biasanya tidak ramai orang, oleh itu kami agak terkejut melihat orang yang datang untuk acara hari ini," kata Cik Atiqah, seorang suri rumah.


Acara atletik antara 18 daripada 36 acara sukan yang ditawarkan percuma di Sukan SEA ke-28.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >